Thursday, July 16, 2009

Twin of Chaos 22

"Oi, kau buat tak latihan semalam? Aku nak hantar dekat sir ni." Houx mengetuk perlahan meja Kei. Soalannya kepada Kei turut ditujukan kepada Zen sebenarnya. Cuma dia tak berapa berani nak menanyakan soalan yang sama kepada Zen. Nanti kalau dia balling buku dekat aku lagi buat naya je!
Kei menjungkitkan bahunya. "Entah.. aku tak buat pun."
"Laa..." hanya itu yang keluar dari mulut Houx apabila mendengar kata-kata Kei.
Setelah mengendahkan Houx beberapa saat, Kei tertawa. "Taklah.. dah siap pun." Dia mengeluarkan buku yang diminta Houx dari mejanya dan kemudiannya menyiku lengan Zen.
"Nah..." Hulur Zen.
"Hish, main-main pulak." Houx berlalu pergi namun mulutnya tetap merungut kerana dipermainkan bagitu. "Mentang-mentanglah aku ni seorang ketua kelas yang berdedikasi lagi lemah lembut."
"Blah ar! Berdedikasi kepala hotak kau!" tiba-tiba Ren menyampuk dan itu membuatkan seisi kelas tertawa.
"Ait, aku bisik pun kau boleh dengar."
"Alah, macam kau tahu telinga aku ni lebih hebat daripada telinga Detective Conan. Hahahah!"
Houx sedikit mencebik. "Apa kena mengena dengan Ditective Conan?"
Setelah Houx keluar dari kelas, kelas itu kembali senyap. Hai, tak faham sungguh aku. Bila Houx ada, kelas bising mengalahkan wad mental! Bila dia tak ada, senyap macam duduk dalam perpustakaan. Macam-macam.
"Hai..." Tiba-tiba Kei mengeluh. "Apalah yang Yora tengah buat sekarang ni?"
"La, yang kau ni angau tiba-tiba kenapa?"
"Mana ada angau." Balas Kei sambil tersenyum.
"Malas nak layan." Setelah itu Zen kembali membaca.
Tetapi, tak sampai beberapa minit mereka membisu, Kei kembali bersuara. "Neo datang sekolah tak?"
"... Tak datanglah. Tanya pulak. Kau ada nampak dia dalam kereta ke tadi?"
"Terlupalah.." Jawab Kei dan kemudiannya kembali senyap.
"Kau tau tak Kei..."
"Apa?" Kei memandang adiknya.
"Kau bersuara sikit-sikit macam tu buat aku rasa macam nak sepak kau je! Baik kau blah sebelum aku hilang kawalan."
"Lorh, sadis punya adik." Tanpa banyak cakap, Kei bangun dari tempat duduknya dan keluar dari kelas.
Zen melepaskan nafas leganya. Mula berasa aman. Tapi, masih ada sesuatu yang membuatkannya rasa lemas dan rimas.
Kenapalah budak perempuan belakang aku ni tak habis-habis tengok aku. Nak mati ke?!
Hish, boring pulak Neo tak ada. Selalunya, bila ada waktu-waktu free macam ni confirm dia datang ajak aku jalan-jalan. (Jalan-jalan apa?! Menyusahkan aku adalah!)
Hai...
Setelah mengeluh, Zen bangun meninggalkan kelasnya. Tindakannya itu membuatkan beberapa orang pelajar perempuan sedikit hampa.
"Bilalah kita boleh bercakap dengan Zen ni."
"Itulah. Kalaulah kita seberani Neo... Hai..." Keluh mereka.





Perpustakaan yang sepi itu tiba-tiba dicemari dengan suara berbisik daripada orang ramai apabila mereka melihat Kei masuk.
Kei pula melangkah dengan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Ish, menyampahnya aku!" Yora cepat-cepat menyorokkan wajahnya apabila terpandang Kei. Janganlah dia datang dekat aku. Sekali lagi Yora cuba menjeling ke arah Kei.
"Arh!"
Gadis itu tiba-tiba terjerit apabila terpandang Kei tersenyum betul-betul di depan matanya.
"Eh. terkejut?" hanya itu yang keluar dari mulut Kei sebelum dia melangkah lalu duduk di sebelah Yora yang mula rasa serba tak kena.
"Kenapa?"
"Kenapa? Wow, macam tu ke cara kau layan suami kau?" Tutur Kei selamba dan itu membuatkan Yora kalut.
Teruklah dia ni, kalau orang dengar nanti macam mana? Tak pasal-pasal aku juga yang kena! Yora hanya mencebik.
Setelah itu, keadaan kembali senyap. Walaubagaimanapun, Yora semakin tak senang hati apabila Kei hanya menongkat dagu dan merenungnya dari tadi. Manakala seisi perpustakaan itu turut asyik memandang mereka berdua.
Ah, stress! Yora menutup bukunya.
"Dah. Siap?" tanya Kei.
"Tak, nak tukar buku baru!" Walaupun dia tersenyum tetapi ada nada kekerasan di dalam suaranya.
"La, tak habis lagi ke? Sampai bila nak baca buku? Sudah-sudahlah tu." Dari menongkat dagu. Kei tersandar pula. Sebenarnya aku ni lebih tertkan bila tengok dia asyik baca buku je tak henti-henti. Dekat rumah baca buku, dekat sekolah pun baca buku, so masa bila nak main dengan aku ni. Zen jugak best. Neo dua 24 jam asyik susahkan dia je.
Kei bangun, dia melangkah mendekati Yora yang sdang menuju ke rak buku. Lalu tanpa isyarat dia menarik dan terus mendukung gadis itu.
Yora terkejut.
"Kei!"
"Shut up for a while, Second Lady of Mistin." Bisik Kei nakal.
"You? Kei!"
Malunya tak tahu nak cakaplah apabila semua memandang ke arah mereka.
Akhirnya Yora langsung tak mampu melakukan apa-apa. Dia hanya tertunduk bagaikan orang tak sedarkan diri.
Kalaulah aku boleh bunuh dia sekarang!

1 comment: