Monday, June 21, 2010

Bloody Prince 4

I got nothing to do with all this. Hampir setiap hari Bando dan rakan-rakannya akan melepak di depan mejaku dan menjeling ke arahku dengan riak penuh dendam. Aku tak faham. Apa lagi yang dia tak puas hati dekat aku? Tak cukup ke dia tumbuk aku hari tu? Walaupun aku macam musykil sedikit dengan sikapnya, aku buat tak tahu je. Malas aku nak fikir banyak-banyak. Nanti aku pun jadi takut macam orang-orang yang takut dekat dia.

Sky pulak, malas nak cakap pasal dia. Tapi kene cakap jugak. Firstly, kenapa dia tak tinggi-tinggi nih? Ang secondly.. Kenapa dia manja sangat dengan ayah aku? Geram aku! Kalau dia cakap sekali je, ayah aku ikut macam orang bodoh. Ada ke patut dia kata dia nak ayah aku tanam giant tree belakang rumah kami and then dia suruh aku aku upah all kind of the best house designer, architect or what so ever untuk buat satu rumah atas pokok tu? Alasannya sebab tak nak tengok muka aku. Sampah betul dia tu!

And yang buat aku terkejut, ayah aku boleh jawab permintaan dia macam ni, “Fine, Sky. All yours.” Seolah-olah macam ayah aku tu menteri kewangan dia. Hish, benci aku!

Kalau macam tu aku pun nak suruh ayah aku buat rumah atas awan untuk aku. Heh, macam lawak je bila fikir balik pasal ni. Maria tertawa bisu.

Nuna dibelakangnya menjeling kehairanan. Tu mesti otak dah boil tuh. Selalu sangat kena tumbuk.

Maria dah mula rasa selesa dengan keadaannya di sini, walaupun Bando dan Sky selalu je menyemakkan pemikirannya. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Tak ada pun yang buat dia rasa tertekan atau stress walaupun dah dua tiga kali ditumbuk.

Pagi itu, apabila loceng rehat berbunyi, Maria dan Nuna seperti biasa keluar bersama-sama untuk ke kantin. Tetapi, apabila sampai di pertengahan jalan jalan, dia terkejut apabila tiba-tiba bajunya dipancut dengan dakwat pen hitam. Dan terdengar laungan tawa daripada beberapa orang di situ. Dia memandang bajunya yang dah mula kotor dan kemudian mengangkat wajahnya melihat siapa yang jahanam sangat buat macam ni dekat dia. And as expected, Bando and the gang.

Bando menjungkitkan keningnya ke arah Maria sambil tersenyum mengejek. “Cantik baju, Maria Kai?”

Maria hanya mampu menggigit gerahamnya. “Bitch!” bisiknya perlahan sebelum berjalan menonong ke bilik air. Cuba untuk tidak memperdulikan Bando yang masih mentertawakannya.

Binatang punya perempuan, puas hati sangatlah tu buat aku macam ni!

Habis basah baju sekolahnya apabila dia cuba menanggalkan kesan dakwat yang macam tak nak lekang dari pakaiannya. “Ish, sakitnya hati aku!”

“Sakit hati, ye?” Sahut satu suara di belakangnya.

Maria hampir berpaling untuk melihat siapakah tuan empunya suara. Tapi dia mematikan niatnya apabila sedar suara itu milik Bando. Sedaya upaya dia berlakon seperti dia tidak mendengar apa-apa pun

“Hei, pekak ke?” Sindir Bando lagi. Dan Maria masih tak mengendahkannya.

“Hei, anak haram! Kau pekak, ke?” Kali ini suara Bando mulu meninggi. Dan gadis itu mula naik angin apabila Maria masih tak mengendahkannya.

Lalu dia menghampiri Maria dan menolak belakangnya.

Maria berdecit. “Syaitan mana pulak kacau aku ni.” Maria mula berang.

“Heh, kau ni bodoh ,eh. Syaitan dengan manusia pun kau tak dapat nak bezakan?”

Maria beralih kebelakang, dia tersenyum sedikit sebelum menjawab kata-kata Bando. “Oh, manusia ke? Aku ingatkn SETAN mana tadi? Make-up tebal sangat. Sampai aku pun tak tahu nak bezakan kau ni syaitan ke manusia. Sorryla ye?”

Sedaya upaya Maria menggigit gerahamnya sambil tersenyum. Senyuman Bando pula semakin pudar dan wajahnya jelas kemerahan. Menahan marah.

Kelihatan Bando berpaling dan terdengar dia menarik nafasnya. Dia berjalan seketika ke penjuru tandas sambil tangannya menyekak pinggang. “Kau.. perempuan paling jahanam dalam muka bumi ni.” Bisik Bando perlahan. “Kali pertama aku tengok muka kau pun aku dah menyampah… Kau ni memang perempuan sundal.”

Maria tertancap. “Apa kau panggil aku?”

“Hah!” Bando berpaling mengadap Maria sambil wajahnya tersenyum. “Perempuan sundal.”

Melihat Maria menjegilkan matanya menahan geram menbuatkan Bando bertambah puas hati. “Kau ni perempuan sundal. Macam mak kau yang diorang cakapkan tu. PEREMPUAN SUNDAL!” Jeritnya.

“Kau jangan main-main nama mak aku!”

“Kenapa? Dah marah, perempuan sundal?”

Maria hanya diam. Dia betul-betul tak tahu nak buat apa sekarang. Kalau ikutkan kepala, memang rasa nak bunuh je Bando ni. Tapi kalau ikutkan hati rasa macam nak menangis. Dia betul-betul buntu. Yang dia mampu buat hanyalah melihat Bando menghampirinya dan dia langsung tak terkejut apabila Bando mencekak colar bajunya dan menolaknya sehingga dia terlanggar salah satu pintu tandas di situ.

“Heh, mana pergi mulut kau yang macam cibai tu?! Dah bisu ke?” Bando masih tersenyum mengejeknya. Kemudian Dia melihat Bando menarik salah satu getah paip air yang berdekatan dan membuka pili air tersebut. Kelihatan air deras mencurah daripada getah paip yang dipegangnya.

“Alang-alang baju kau dah basah… dan KOTOR! Apa kata aku tolong basuhkan, PEREMPUAN SUNDAL!” Lalu sambil tertawa deras dia memancutkan air yang deras mengalir seperti tawanya itu ke arah Maria yang senyap membatu. Apabila puas dia membasahkan satu badan Maria, dia berhenti. Dan apabila melihat Maria hanya terduduk melukut dan membatu merenung lantai dia mendengus lalu menghayunkan getah paip itu sehigga terpukul pipi Maria sebelum keluar dari bilik air itu dengan perasaan yang berbaur rasa.

Serentak apabila getah paip itu memukul pipinya, air matanya terus mengalir. Terkejut, sakit dan berbagai-bagai lagi perasaan menghantui Maria. Dia mula takut. Dia sedar ramai yang sedang berkumpul dia luar bilik air itu untuk melihatnya dipukul. Hanya melihat. Mereka hanya melihat!

Perlahan-lahan Maria bangun. Dia masuk ke dalam tandas di belakangnya dan mengunci pintu tandas itu. Tak sanggup nak keluar menghadapi manusia pengecut di luar sana. Dia tak salahkan mereka. Cuma dia bertambah sedih apabila memikirkan yang dia dijadikan bahan tontonan. Tak ada seorang pun yang membantu. Termasuklah…. Nuna.

Lama dia berada di situ. Loceng kelas yang berbunyi langsung tak berjaya memujuknya untuk keluar daripada situ. Sehinggala suatu masa, dia terdengar keriuhan di luar sana. Mungkin masa persekolahan untuk hari ini sudah tamat. Beberapa orang gadis masuk ke dalam tandas.

“Kau nak ikut kitorang pergi karoke tak lepas ni?”

“Mestilah nak ikot.”

“Ok. Jom.”

“Weh, korang dengar cerita tak yang Maria kena pukul dengan Bando dalam bilik air ni tadi?”

“Aah, aku ada dengar cerita jugak. Tapi aku tak tahu siapa? Maria anak pemilik Prince Hotel tu ke?”

“Aah!”
“Huh. Aku pun tak suka kat Bando tu tapi puas hati jugak Maria tu kena pukul. Padan muka dia, siapa suruh cantik sangat!” Kemudiannya mereka tertawa.

“Ish, tak baik tau kau ni. Maria tu tak kacau kau pun.”

“Tak kacau kau kata? Boyfriend aku tiap-tiap hari asyik tanya aku pasal dia je. Menyampah aku!”

“Aah, boyfriend aku pun sama jugak. Tapi aku tak kisah pun. Dah memang dia cantik. Padanlah orang ramai suka. Anak orang kaya pulak tu. Pakej arr.”

“Huh. Sudahlah. Menyampah aku dengar nama dia.”

“Jelesla tu.”

Dan terdengar lagi mereka tertawa.

Mungkin mereka sakit hati dengannya. Tetapi mereka tak sedar ada hati yang terluka mendengar kata-kata mereka.

Rasa senang hatinya pagi tadi pecah berderap begitu sahaja. Sekelip mata.

“Rupanya, jadi cantik adalah musibah yang tuhan berikan kepadaku.”

“Sky, kakak kau kenapa?”

Tanya ayahnya sewaktu mereka sedang makan malam.

“Hah? Kakak? Oh, Sis?” Sky menjeling kerusi depannya yang sepatutnya menjadi tempat duduk Maria sewaktu makan malam. “Entahlah.” Hanya itu yang dijawabnya. Ayahnya pula hanya mampu menjungkitkan bahunya. Entahlah…

Apabila pulang petang tadi. Maria langsung tak bertegur sapa dengar Ayahnya mahupun orang-orang di rumah itu. Wajahnya murung, kelihatan serabut dan suram.

Malam itu Maria hanya terbaring merenung syiling. Dia dah berhenti menangis. Tapi kesedihan masih tak pergi-pergi. Tadi, dia terkejut apabila tiba-tiba Sky membuka pintu biliknya. Untuk melindungi wajahnya daripada dilihat oleh sky dia cepat-cepat berpusing dan itu membuatkan dahinya terlanggar bucu katil. Dan keadaan itu membuatkan dia menangis dengan lebih teruk.

Dia sungguh sunyi. Nak ceritakan semanya pada ayahnya, no point. Ayahnya tak mampu berbuat apa-apa melainkan memindahkannya ke sekolah lain. Dia tak nak itu terjadi. Kerana pabila dia berpindah sekolah, itu hanya akan memuaskan hati Bando. Dia tak nak!

Tapi, dalam keadaan yang sayup-sayup dan sunyi itu. Dia terdengar petikan gitar yang merdu. Merdu hingga menyentuh hati. Dan seterusnya terdengar suara mengalunkan satu lagu yang dia sendiri tak pernah dengar…

When the world left you alone

Im the one who will always be with you

Cause I don’t want you baby

To crying there

You pretty face is gloomy

Where`s the shine that always shining me

I don’t want you to keep lonely

Cause it make you

To crying there..

Just be with me

Don’t turn back

Cause I will make you the future

That always smiling

Always shining as bright as the sunshine

The golden voice of you

Please singing the jewel song

Don’t let it keep away from me

Cause I may fade without it

Please my baby

Don’t cry

Just let it away

Just be with me…

Maris tersenyum. “Just be with you..”

Dan entah bila dan bagaimana, dia terus terlelap meninggalkan segala kegusaran yang megikat hatinya.

Bukan dia seorang je yang mengantuk. Malah, ada seorang lagi manusia yang mengantuk dengan lagu itu.

“Hai, lagu bodoh ni. Aku yang nyanyi pun boleh mengantuk.” Sky menguap lagi.

6 comments:

  1. milord,nie lagu dari band/singer mana?

    ReplyDelete
  2. bila nk smbaung twin of chous
    lama dah tunggu

    ReplyDelete
  3. awk...cete bloody prince lmbt lg ke nk abis???klu blh slalu2 la ye post entry yg bru sbb lg sye x abis bce bloody prince lg tu la sye x leh nk concentrate on my spm...:(

    ReplyDelete
  4. huhuhu.. best giler2 cta ni.. smbung la g ek.. x sbr nau tau smbgn dia.. pndai awk olah cta... well done..

    ReplyDelete
  5. cter yg amt la pelik aq prnh baca.......

    ReplyDelete