Monday, August 16, 2010

Apple and Berry 12

“Apa? Minggu depan?” Waktu makan malam mereka tiba-tiba terganggu apabila Berry tiba-tiba terjerit. Jelingan kurang senang ayahnya tidak dipedulikan lagi. “Tapikan, minggu depan tu cepat sangat. Lagipun Berry ada final exam daddy, mummy.”
“Final exam tiga minggu lagi, kan?” Sahut ayahnya.
“Memanglah. Tapi, minggu depan tu kan cepat sangat. Berry tak sedia apa-apa pun lagi.”
“Kau tak payah sedia apa-apa. Daddy dan mummy dah uruskan semuanya.”
Dia tak jadi untuk terus membantah apabila melihat ayah dan ibunya terus menyuapkan makanan ke mulut tanpa mempedulikan Berry yang masih terkapai-kapai. Dia mula susah hati. Baru sahaja dia berniat untuk meminta ayahnya menangguhkan pertunangannya dengan April. Tapi, hal lain pulak yang jadi.
Berry mengeluh keras. Dengan hati yang berat, dia cuba menelan makanan yang disuap ke mulutnya. Rasa terujanya kepada April mula hilang saat itu. Yang ada hanyalah sedih dan rindu mengingatkan Apple. Apple yang selalu menyakitinya. Sakit yang meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada hatinya.





Keesokan harinya, dia pergi ke sekolah seperti biasa dan berhati-hati dengan luar biasanya. Takut terserempak dengan April. Tetapi lain pula yang jadi apabila dia tiba-tiba bertembung dengan Tuchee, Carmeen dan Lucy. Mereka kelihatan begitu marah dengan Berry. Sudah lama Berry tak melihat wajah marah itu sejak insiden ugut mengugut hari itu. Tetapi, nampaknya keberanian tiga peminat April itu mula bangkit.
“Berry! Kami nak kau terus terang. Betul ke kau nak bertunang dengan April?” Tanya Lucy. Dan dibalas dengan anggukan kecil daripada Berry.
“Mana boleh!” Serentak dengan itu mereka bertiga menjerit. Ketiga-tiganya kelihatan seperti sedang menahan air mata yang sedang bertakung.
“Sudahlah. April bukan kamu punya pun. Yang nak sedih kenapa. Dah, tepilah. Aku nak lalu.” Dia cuba untuk tidak mempedulikan raungan gadis bertiga itu dan berlalu pergi. Mereka semuanya memandangnya dengan pandangan yang luar biasa hari ini. Mungkin kad jemputan pertunangannya dan April sudah sampai ke rumah mereka. Dia mula berasa sedikit tertekan.
Apabila dia melangkah masuk ke dalam kelas, wajah pertama yang di lihat adalah wajah menawan milik Apple. Tetapi sayang. Lelaki itu langsung tidak memandangnya. Hanya kusyuk merenung mejanya. Dan niat untuk menyapa Apple terbantut apabila pasangan kembar Akia dan Aria terus menariknya ke meja.
Dan seperti yang disangkanya, berita pertunangannya dan April sudah tersebar. Alah, baru bertunang. Apa yang kecoh sangat!
“Gila kau Berry. Senyap-senyap eh.”
Berry mengeluh. “Apa yang senyap-senyapnya?”
“Alah, buat-buat tanya. Kau dengan Aprilla. Bila pulak korang bercinta. Tup tap dah terus tunang.” Kata Akia dan dibalas dengan anggukan daripada Aria. “Entah, sebelum ni tak pernah nampak pun korang lovey dovey ni.”
“Memanglah tak nampak. Kalau ada pun, takkanlah aku nak tunjuk dekat orang.”
“Iyalah. Kau kan pemalu.”Kembar itu tertawa dan dibalas dengan sengihan yang di buat-buat oleh Berry.
Alahai. Tersiksanya aku. Dalam keadaan mereka sibuk mengupas tentang kisahnya dan April, hati dan mata Berry masih tak lekang dari menjeling Apple. Lelaki itu kelihatan begitu serius hari ini. Adakah lelaki itu tahu tentang hal pertunangannya.
Tak apalah. Dia bertekad, habis kelas nanti dia akan memberitahu Apple tentang majlis pertunangannya dan akan menjemput lelaki itu untuk menghadirinya.
Dan seperti yang dirancang, dia menunggu sehingga semua keluar dari kelas sebelum dia menapak perlahan mengekori langkah Apple ke banglo asramanya.
Perlahan dia cuba melangkah untuk tidak disedari Apple. Dia sendiri pun tak tahu apa yang mesti diungkapnya dihadapan lelaki itu.
Perlahan dan perlahan. Tetapi…
“Kenapa?” Lelaki yang sedang melangkah dihadapannya itu tiba-tiba berhenti dan bersuara.
“Ha?” Berry terkesima. Tiba-tiba lelaki itu bersuara dan itu membuatkan dia betul-betul terkejut.
Apple berpaling. “Kenapa ikut aku.”
Tangan Berry yang tadi digenggamnya kemas kini naik menekup mulutnya. Wajah lelaki itu begitu menakutkan dan itu membuatkan Berry mula tak sanggup pula untuk berbicara dengannya. Lantas dia bersuara, bersuara tentang sesuatu yang tak sepadan dengan niatnya. “Tak apalah. Aku balik dulu.”
Lantas dia cuba berlari. Tetapi suara itu sekali lagi menghentikan langkahnya.
“Kau nak cakap dengan aku, kan?”
Berry diam mendenganr pertanyaan Apple. Dan dia terdengar bunyi seperti lelaki itu sedang melangkah mendekatinya. Buat seketika, Berry memejamkan matanya sebelum tangan hangat Apple meraut tangannya. “Jomlah. Ikut aku ke rumah.”
Dia hanya menurut apabila lelaki itu menariknya. Dia cuba mengamati isyarat genggaman tangan Apple. Tangannya begitu hangat, nyaman dan menenangkan. Sesekali, Berry cuba untuk menggenggam kembali tangan Apple tetapi egonya seolah-olah melarangnya daripada berbuat begitu.
Mereka sampai di hadapan banglo asrama Apple dan lelaki itu melepaskan pegangan tangnnya apabila dia menyelup poket seluarnya dan mengeluarkan kunci rumahnya.
Dia memulas tombol pintu rumah itu dan terus melangkah tanpa memperlawa Berry untuk masuk.
“Dia tak jemput aku masuk pun.” Berry mencebik. Tetapi setelah beberapa minit, Berry mengambil keputusan untuk terus masuk ke rumah itu.
Apabila dia melangkah masuk, memori kali pertama dia msuk ke banglo ini mula menyapa dan perlahan-lahan mengukir senyuman di bibirnya.
Dia duduk di sofa tempat Apple menyakatnya dulu dan tiba-tiba dia tertunduk. Hai… kenapa kenangan-kenangan macam ni buat aku tiba-tiba jadi sayu.
Apple tiba-tiba muncul. Muncul dengan baju kemeja putihnya dan tali leher yang telah dilonggarkan daripada lehernya. Rambut depannya sedikit basah. Mungkin dia baru selesai membasuh mukanya.
“Apa kau nak cakap?” tanya Apple.
Untuk menjawab pertanyaan Apple itu, Berry sedikit teragak-agak. Tetapi dikuatkan hatinya untuk bersuara. “Kau taukan, majlis pertunangan aku…”
“Minggu depan.” Pantas Apple memotong kata-katanya. Dan matanya sedikit pun tak memandang wajah Berry.
Berry sedikit terkejut namun dikawal jiwa dan hatinya. Dia mengangguk perlahan. “Jadi, aku nak jumput kau untuk datang…”
“Aku tak nak datang dan aku tak akan datang.” Jawapan ringkas Apple itu membuatkannya tertanya-tanya.
“Tapi kenapa?”
“Dah aku cakap tak nak. Maknanya aku tak naklah.”
Buat seketika, Berry hanya mampu senyap sambil wajahnya serius merenung riak degil Apple. Kenapa pulak dia tak nak datang? “Apple… datanglah. Semua kawan-kawan aku datang tau.”
“Aku kawan kau ke?”
Dan itulah satu-satunya persoalan yang membuatkan hati Berry benar-benar kecewa. Dia tak tahu kenapa, tetapi dia benar-benar mengharapkan supaya Apple hadir ke majlis pertunangannya. Dia tertunduk seketika sebelum kembali bersuara.
“Kenapa kau cakap macam tu Apple. Datanglah.” Pujuknya lagi.
Senyap. Suasana senyap tanpa jawapan. Lama Berry menunggu lelaki itu membuka mulut dan apabila dia mula kecewa dan cuba untuk mengundur diri, lelaki itu membuka mulutnya.
“Berry. Kau mengenali aku sebagai seorang lelaki yang keji. Betul tak?”
Berry teragak-agak sebelum dia cuba untuk mengangguk.
“Jadi kau tak risau ke kalau aku rosakkan majlis pertunangan kau?”
“Ha?” Berry tertegun. “Kenapa pulak?” Dia berdiri. “Apa sebenarnya yang kau cuba nak bagitahu aku Apple. Dan… ape kena pulak kau nak rosakkan majlis pertunangan aku?”
“Aku tak nak jawab soalan kau. Dan aku harap kau boleh keluar dari rumah aku sekarang.”
“Apple…”
“S E K A R A N G.” Keras dia menuturkannya.
Perlahan-lahan Berry berundur. Keluar dari rumah itu dengan hati yang kecewa dan seribu persoalan yang bermain difikirannya. Kenapa dengan Apple? Kenapa dia cakap macam tu? Dan kenapa dia tak nak datang?

3 comments:

  1. waaa!!apple ske berry gak kn??
    msti apple nk ckp klo dia pgi, dia akn kidnap berry mse majlis tu kn???
    huhu...
    berry ni pun ngaku je la....
    whatever pn best la milord!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. milord xbalik msia ke? skrg cuti kn kt Jordan?
    gudluck on your study. teruskan berkarya

    ReplyDelete
  3. xblikla syg... cuti dekat sini je... thanks..
    xcuti jugak.. minggu dpan ada dua paper exam..

    ReplyDelete