Wednesday, August 18, 2010

Apple and Berry 13 [Special Dandelion Beauty`s Story]

Esoklah harinya. Hari pertunangan aku. Aku langsung tak bertemu dengan April dan aku langsung tak pernah terserempak dengannya. Sesekali aku cuba bersuara untuk memintanya menangguhkan majlis pertunangan kami. Tetapi, aku tak pernah terserempak dengannya! Macam mana ni? Aku masih belum bersedia.

Ish…

Dia tak boleh tidur petang itu. Ibunya sudah dua tiga kali menjengah ke biliknya dan menyuruhnya tidur. Tetapi gadis itu tetap tidak dapat melelapkan mata. Apa kena pulak tidur siang-siang ni. Dia sendiri hairan. Mungkin ibunya tak mahu dia kelihatan lesu untuk majlis esok.

Kerana dia betul-betul tak tahu apa yang mesti dibuatnya, jadi dia bangun dari katil dan menuju ke meja bacaannya. Membuka satu demi satu helaian buku pelajarannya. Mereka akan menghadapi final exam dua minggu lagi. Dan nampaknya Berry telah membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan tersebut. Mungkin kerana berita pertunangannya membuatkan dia gelisah, jadi dia hanya mampu untuk mengulang kaji supaya kegelisahannya dapat ditutup. Ditambah pula dengan sikap Apple yang tak masuk akal.

Sedang tangannya lembut mnyelak helaian bukunya, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu.

“The Killer!” Buku yang pernah dipinjamnya daripada Apple.

Aah… selepas aku frust baca buku ni hari tu, aku langsung tak terfikir untuk pulangkan buku ni balik. Dia terdiam seketika, merenung kulit buku merah hitam yang dipegangnya dan kemudianya dia bangun dari kerusi. Menyarungkan jacket blue denimnya dan terus keluar dari bilik.

Apple keluar dari banglonya, cuba untuk menghirup udara segar dan nyaman di hadapan banggunan Tryst Fixity. Lagenda Tryst Fixity yang dia sendiri tak percaya dengan kebenarannya berulang tayang dimindanya. Lalu dia mula berniat untuk menghampiri banggunan itu. Banggunan itu adalah kawasan larangan dan lebih dikenali sebagai Forbidden Wall bagi penduduk Empty Soul Kingdom. Tetapi, sekeliling banggunan ini tak perah dipagar. Yang ada hanyalah pokok bongzai renek yang ditanam menghiasi sekeliling banggunan ini. Tambahan pula, aku dibiarkan tercampak duduk di asrama berhadapan dengan Tryst Fixity ni, diorang tak takut jadi apa-apa dekat aku ke?

Oleh sebab itu, Apple merumuskan, Tryst Fixity adalah dongeng belaka.

Dia sampai di depan bangunan itu. Mulanya dia cuba untuk masuk. Tetapi sedikit teragak-agak.

“Gila ke aku ni?” Dia tersenyum sendirian. Kenapa pulak tiba-tiba teringin nak masuk Tryst Fixity ni. Selama 4 tahun aku dekat sini, tak pernah pulak timbul keinginan nak masuk Forbidden Wall ni.

“Huh, aku patah hati.” Dia tersenyum lagi sebelum menghampiri pintu utama Tryst Fixity yang tersergam indah. “Orang patah hati selalunya buat kerja gila, kan?” Tangannya diangkat cuba menolak pintu besar banggunan ataupun banglo besar Tryst Fixity dan… “Eh?” Pintu itu tak berkunci. Kenapa tak berkunci? Dia mula seram untuk terus melangkah tetapi ada sesuatu yang membuatkan hatinya terpikat untuk terus masuk. Udara sejuk ditambah dengan haruman chamomile yang entah bagaimana bau itu boleh melekap di rumah tersebut membuatkannya begitu asyik untuk terus melangkah. Dan tanpa mempedulikan rasa takut yang masih bersisa di hatinya, dia melangkah masuk.

Manakala Berry yang baru sampai di depan banglo asrama Apple terkesima. Dikedipkan matanya beberapa kali. “Aku tak silap tengok, kan? Apple betul-betul masuk Forbidden Wall ni, kan?”

Setiap sudut rumah itu betul2 mengagumkan dan di seluruh lantai banggunan itu terselerak tebal bunga dandelion yang begitu comel. Apabila dia masuk, dia mula terpandang satu gambar besar seorang lelaki yang tergantung di dinding berhadapan dengan pintu besar rumah itu. Keadaan sedikit gelap cuma disinari dengan cahaya yang sedikit-sedikitnya memancar masuk. Rumah itu kelihatan lebih besar daripada apa yang dilihat dari luar. Di tingkat satu terdapat banyak bilik kalau dikira hampir sepuluh bilik tersusan di situ. Dan setiap bilik di situ semuanya dikunci. Hanya satu bilik, iaitu bilik dapar yang tidak berkunci.

Dia tak berani untuk masuk ke dapur yang luas itu, jadi dia menutup kembali pintu dapur itu dan mengambil keputusan untuk meneruskan niatnya menerokai misteri Tryst Fixity dan terus melangkah mandaki anak tangga untuk ke tingkat seterusnya.

Kalau Apple teruja dengan Tryst Fixity, berlainan pula dengan Berry. Kecut-kecut perutnya apabila melangkah masuk ke banggunan itu. Dia hampir terjerit apabila terpandang potret lelaki yang tergantung di berhadapan dengan pintu masuk. Tetapi setelah dijeling dua tiga kali potret itu, baru dia perasan, lelaki itu sungguh kacak. Hehehe… Dia tak tahu kemana dia harus melangkah. Dia tak nampak Apple langsung dan yang dia lihat dan nampak hanyalah pintu-pintu bilik yang tertutup rapat. Ei… seramnya. Dah tu, banggunan ni bau wangi pulak and what the hell with all this dandelion. Aiya… takut maa.

Sambil menggosok lengannya, perlahan-lahan dia melangkah untuk mencari Apple yang kehilangan jejak. Setiap tombol pintu di tingkat satu itu dipulasnya. Dan semuanya tak boleh dibuka. Apabila sampai di bilik dapur, dia sedikit tersentap apabila pintu itu boleh dibuka. Tetapi setelah beberapa saat pintu itu dikuak kecil, dia kembali menarik dan menutup kemas pintu itu. Tak berani. Dia tak berani untuk melihat apa yan berada di bilik itu.

Jadi dengan keadaan yang makin membuatkan Berry ketakutan, dia cuba untuk melangkah, menaiki anak tangga yang kelihatannya macam banyak je.

“Apa kata kalau aku keluar balik je.” Fikirnya. “Tapi, kalau jadi apa-apa dekat Apple, macam mana?”

Kerana hatinya berbelah bagi, dia mengambil keputusan untuk terus naik mencari Apple tanpa memandang langsung kebelakang. Habis terbayang semua cerita hantu yang pernah ditontonnya. Dia semakin kecut perut.

Macam mana kalau, tengah-tengah aku berjalan ni, hantu Ju-on tengah merangkak follow aku dari belakang? Lepas tu hantu Dark Water tengah terbang atas kepala aku?

Ei… apa ni. Dia memeluk tubuhnya. Bau yang semakin harum dan memikat itu membuatkannya benar-benar takut.

“Mana Apple ni?” Dia semakin takut apabila melihat tingkat dua yang luas itu tak terdapat sesiapa pun. Seperti tingkat satu, tingkat dua juga terdapat banyak bilik. Sekali lagi diberanikan dirinya untuk memulas satu demi satu tombol pintu bilik di situ. Tetapi, satu pun tak boleh dibuka. Untuk tidak membuang masa, dia mempercepatkan langkahnya mendaki tangga untuk ke tingkat tiga pula. Dia sendiri pun tak pasti, berapa tingkat sebenarnya rumah ini. Di tingkat ke tiga, ruangnnya sungguh luas dan hanya terdapat dua bilik sahaja. Dan ruang itu sedikit gelap kerana tingkapnya ditutupi langsir hitam.

Dia terus menuju ke bilik yang berhadapan dengan tangga itu dan memulas tombolnya tetapi pintu itu tak berjaya dibuka. Dia semakin tak sedap hati.

“Jangan-jangan semua ni perangkap. Jangan-jangan apa yang aku nampak tadi bukan Apple?” Dia sendiri cemas dengan pandangannya.

“Itulah aku. Melulu je masuk. Patutnya aku check dulu Apple ada kat rumah ke tak?” Tubuhnya mula sejuk dan menggigil. Hantu Ju-on dan Dark Water mula bermain dimindanya sehingga membuatkan dia tak berani untuk memandang ke belakang, atas, kiri dan kanan.

Dalam keadaan yang membuatkannya kaku ketakutan. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kasut orang berjalan dibelakangnya. Semakin lama bunyi itu semakin hampir dengannya.

Betul-betul Ju-on ke? Dia cemas, kaget dan bermacam lagi perasaan. Dia cuba bertindak untuk lari tetapi kakinya kaku dan beku di situ. Tubuhnya hampir-hampir tidak boleh digerakkan langsung. Rupanya, sebab itulah pelakon dalam cerita hantu tak dapat nak lari bila nampak hantu.

Apabila bunyi derapan kaki itu semakin dekat, Berry tak tahan lagi. Lantas dengan sekuat tenaga yang ada, dia menekup telinganya dan menjerit sekuat hati. Dan yang mengejutkan, lembaga dibelakangnya turut menjerit dan itu membuatkannya bertambah takut.

“Berry?” Sapa Apple setelah dia terjerit kerana terkejut tadi.

Berry yang tadinya menekup telinganya terdiam apabila mendengar suara yang begitu dikenalinya itu. Perlahan-lahan dia cuba berpaling. “Apple?”

“Betul kaulah Berry. Apa kau buat dekat sini?” wajah Apple bertukar hairan. Dan belum sempat Berry menjawab soalannya, lelaki itu kembali membuaka mulut dan wajahnya bertukar bengang. “Kau menjerit tadi kenapa ha, bodoh! Terkejut aku tau!”

“Alah, manala aku tau. Aku ingatkan hantu tadi.”

“Kau ni, kalau dah bodoh tu janganlah bodoh teruk sangat. Mana ada hantu siang-siang ni.” Tutur Apple sambil menggigit gerahamnya dan jarinya hampir-hampir diangkat untuk menujal kepala gadis dihadapannya itu.

Berry membalas dengan cebikan. “Kau tu pandai cakap je. Kau pun sama takut je.”

“Mana ada aku takut.”

“Kalau tak takut kenapa menjerit.”

“Aku menjerit sebab aku terkejutlah dangar kau menjerit, pandai!”

Berry mencebik lagi. Terkejutnya masih belum habis, apabila teringatkan banggunan yang menakutkan itu lantas tanpa sedar tangan Apple digenggamnya. “Dahla Apple. Jomlah kita keluar.”

Apple sedikit terkejut, tetapi kemudiannya dia tersenyum. “Nanti. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.”

“Tak naklah. Aku nak balik.”

“Ish, ikut aku!” keras suara Apple membuatkan Berry terpaksa menurutnya dengan wajah yang masih mencuka.

Apple menariknya ke satu lagi bilik di tingkat tiga yang belum dihampiri oleh Berry tadi. Lantas Apple memulas tombol pintu bilik itu dan apabila pintu bilik itu dikuak, Berry tak dapat melihat apa-apa lagi apabila matanya tiba-tiba silau akibat kilauan cahaya yang begitu terang. Tetapi setelah ditarik melangkah masuk ke bilik itu. Dia mula selesa untuk membuka mata.” Cerahnya bilik ni. “

“Yelah. Tengoklah. Bumbung dan dindingnya semuanya kaca.”

Berry mengangguk. Cantik. “Tapi kalau tengok dari luar. Kenapa kita tak perasan bilik ni ha.”

“Kau tengok betul-betul, eh. Bilik ni sebenarnya besar. Kau nampak dekat luar tu ada tanaman bunga kan. Aku nak tanya kau… Kita ada kat tingkat berapa? Dekat luar Tryst Fixity ada tanam bunga Dandelion ke?”

Berry menggeleng. “Kita dekat tingkat tiga. And tak ada apa-apa pokok hiasan pun yang ditanam kat luar banglo ni.” Kemudian wajah Berry bertukar pelik. “Aahlah. Kita dekat tingkat tiga. Mana datang pulak rumput dan pokok-pokok ni.”

“Ha… tingkat tiga ni ada dua bilik je. Bilik pertama tadi kita tak tahu apa yang ada dalam bilik tu kerana ia berkunci. Dan bilik keduanya, macam nilah. Diluarnya ada taman tanaman buga dandelion dan ditengah-tengahnya dibuat satu bilik kaca. Aku rasa bilik ni berada ditengah-tengah baggunan Tryst Fixity. Jadi kita langsung tak perasan dengan tempat ni kalau dilihat dari luar.”

Berry kagum. Tempat ini betul-betul indah. Ketakutannya tadi entah melayang pergi ke mana. “Jadi, nilah yang nak tunjuk dekat aku.”

“Tak sebenarnya.” Apple menggeleng dan tiba-tiba dia berjalan menghampiri satu kerusi baldu kuning mewah yang tersusun di hujung sudut sana dan mengambil satu album gambar. “Tengok ni.” Tangan Berry ditarik untuk duduk di katil bersebelahan mereka dan album gambar itu dibukanya.

Di muka pertama album gambar itu, terdapat gambar besar lima orang gadis yang begitu jelita. Sungguh cantik sehingga membuatkan tangan Berry menutup mulutnya yang sedikit ternganga. “Cantiknya.”

“Kau kenal tak ni siapa?”

Berry menggeleng.

“Ok.” Apple berdehem seketika sembelum bersuara. “Kau pernah dengar tak pasal Dark Magicians ataupun DM?”

Berry mengagguk. “Lagenda jelitawan Empty Soul High School tu… “ Mata Berry tiba-tiba membulat. “Ini ke mereka?” Tunjuknya pada gambar yang dipegang Apple.

Apple tersenyum dan mengangguk megah. “Cantiknya mereka.”

“Yelah, cantik daripada kau!” sempat lagi Apple mengutuk dan seperti biasa Berry hanya mencebik. Helaian seterusnya di selak. Terlihat gambar lima orang gadis dan sewaktu itu mereka kelihatan seperti kanak kanak. Gadis yang berdiri paling kiri hanya memeluk tubuh dan wajahnya begitu masam. Disebelah kanannya pula terdapat seorang budak perempuan yang cantik dan di bibirnya lebam serta tangannya yang turut memeluk tubuh, berbalut. Seterusnya kelihatan budak perempuan comel yang tersenyum menampakkan gigi putihnya. Di sebelah budak perempuan comel itu, terlihat seorang budak perempuan berambut pendek dan begitu kacak tersenyum mengadap kamera. Kepalanya berbalut dan pipinya lebam-lebam dan ditempat paling kanan, berdiri seorang budak perempuan yang kelihatan anggun dengan gaun putih yang tersarung ditubuhnya. Dibawah gambar tersebut tertulis satu tulisan yang berbunyi. [Hari pertama kami cuba berbaik setelah Wiki dan Ven cedera akibat bergaduh sesama sendiri.]

Berry tersenyum sambil tangannya menyelak helaiaan seterusnya. Kelihatan mereka begitu muda waktu itu sehinggalah sampai ke helaian dimana kecantikan sebagai remaja mereka mula menyerlah. Mereka sangat cantik. Sangat-sangat cantik.

Dia mengamati gambar-gambar tersebut sehingga nama dan wajah ahli Dark Magicians tersebut dihafalnya. Mereka sangat indah, mesra dan bijak hingga membuatkan Berry sendiri hampir-hampir jatuh cinta dengan mereka. Dan, di helaian album gambar tersebut, terselit gambar mereka bersama lima orang lelaki yang kacak.

“Aku tahu. Lelaki itu mesti kumpulan S.L.H kan?”

Bibir Apple terjuih sebelum dia mengangguk.

“Kau tau tak Berry. Wiki berasal dari tempat aku. Q-Paradise. Dari kecil aku dah dengar semua orang bercerita tentang kecantikan dia.”

“Jadi, kau kenallah Clementi Wiki Herofa ni?”

Apple tersengih. “Tak pun. Aku tak pernah tengok dia pun. Cuma dengar orang cerita je.”

“Kau tau tak rumah yang aku duduk tu?” tanya Apple dan Berry hanya mengangguk. “Dulu rumah diorang. Sebab tulah rumah aku cantik pada yang lain. Dalam ramai-ramai orang yang ada dalam sekolah ni, aku rasa. Aku seorang je yang tahu kisah sebenar diorang.”

Bibir Berry sedikit terjungkit mendengar kata-kata angkuh daripada Apple. “Alah, baru tengok gambar sikit dah nak perasan.”

“Wes, aku sumbat penumbuk aku dalam mulut kau baru kau tau. Degarlah aku nak cakap bagi habis dulu!”

“Ha?” Ada ke nak sumbat penumbuk. Ingat mulut aku ni besar sangat ke. “Yelah. Cakaplah.”

Apple berdehem lagi sebelum memulakan bicara. “Aku ada terjumpa diari diorang dalam loteng banglo aku tu.”

“Shhs..” Apple menutup mulut Berry apabila gadis itu kelihatan sperti ingin melontarkan kata-katanya. “Kau senyap. Dengar aku cakap ni.”

“Aku baca setiap kisah diorang. Diorang tulis isi hati masing-masing, sejujur-jujurnya. Setiap rasa sakit hati diorang coretkan dalam diari itu. Tetapi setiap sakit hati itu, tak ada satu pun sakit hati sesama mereka. Tak ada pun. Diorang chill je. Melawak walau seteruk mana, masing-masing cuba faham mesej yang cuba disampaikan. Kisah cinta mereka, diorang luahkan. Walaupun mulut malu untuk menceritakan, tetapi tulisan berani untuk memberitahu. Kisah cinta mereka kadang-kadang rumit, kadang-kadang pelik dan kadang-kadang tu menyentuh sangat. Mungkin kau dah tahu, Aoriko jatuh cinta dengan Micky. Diorang dua-dua ni understanding, loving and caring. Ven dengan Uno pulak.. hmm.. diorang ni yang paling santai. Bergaduh bukan main kelakar, romantic diorang pun lawak. Kalau aku baca tu, aku rasa macam nak sumpah seranah je budak dua orang ni. And then Esy dengan Soul, Esy ni gadis yang paling menawan dan Soul lelaki yang begitu memikat. Jadi, tak ada masalah untuk diorang bersama melainkan sifat nakal Soul yang kadang kala cuba menimbulkan masalah. Yang paling teruk, Lufi dengan Max. Diorang ni paling teruk, ego gila tinggi. Tapi apa-apa diorang still loving each other. Tetapi, walau seteruk mana pun Lufi and Max, kisah Wiki and Niel yang paling sayu. Wiki Cuma cerita yang baik-baik je tentang Niel dalam diari tu. Tapi, kawan-kawan dia semua tahu, hati Wiki sentiasa menangis disebabkan hati batu Niel. Walaubagaimanapun, kawan-kawan dia tak pernah suruh Wiki cari orang lain. Diorang still support her sebab diorang tahu, kegembiraan Wiki hadir bila dia tengok Niel gembira. Sampai habis aku baca diari tu, aku tak tahu sama ada hati batu Niel tu dah jadi kapas ke belum. Aku tak tahu kisah cinta diorang tu berakhir dengan macam mana. Dan aku tak tahu, adakah Wiki terus gembira dengan melihat orang yang dia cinta bahagia walaupun mereka tak dapat bersama.”

Ayat terakhir Apple itu tiba-tiba memberi kesan kepada Berry. Dia tiba-tiba tertunduk. Hatinya yang terhibur mendengar kisah Apple tiba-tiba runtun. Jadi dia cuba mengalih tajuk untuk menghalau kegelisahannya. “Ha, aku nak baca diari tu.”

“Eh… mana boleh bawak keluar dari rumah aku diari tu. Haram!”

“Ish. Haram apenye! Aaa.. memandangkan hari dah nak malam ni, aku tak bolehlah nak singgah rumah kau. Tapi esok eh. Esok aku datang lagi.”

Tiba-tiba wajah tersengih Apple tadi berubah suram. Matanya kelihatan begitu sayu merenung wajah Berry yang masih tersenyum memandangnya. Lantas dengan berat hati dia bersuara. “Esok kan kau dah nak jadi milik orang, sayang.”

Terkejut Berry mendengar bisikan Apple. Dia terlupa. Esok hari pertunangannya! Macam mana dia boleh terlupa dia sendiri pun tak tahu. Dia bertambah takut, bukan takut dengan banglo Tryst Fixity ini, tetapi ada sesuatu yang membuatkan tubuhnya menjadi begitu sejuk.

Apple tiba-tiba bangun. Dia mengambil album gambar di tangan Berry dan meletakkan album gambar itu kembali ke tempatnya. Kemudiannya, dia menarik tangan Berry supaya bangun.

“Jomlah. Kita keluar. Kau dah nak kene balik ni. Bahaya pulak kalau dah gelap nanti.”

Berry hanya menurut. Mereka keluar dari bilik itu dengan keadaan tangan masih berpaut. Apple menariknya turun dari tingkat tiga itu dan saat itu Berry semakin gelisah. Tiba-tiba dia terasa seperti tak mahu keluar dari banggunan ini. Hatinya seperti merayu supaya Apple menghentikan langkahnya. Tetapi semua itu mustahil untuk terjadi apabila langkah mereka terhenti ketika mereka sampai di tingkat paling bawah. Apple melepaskan pegangan tangannya dan saat itu dia memendang sekilas wajah pucat Berry. “Jom.” Sepatah sahaja ayat yang keluar dari bibirnya sebelum dia berjalan dan menarik pintu besar banglo itu. Keadaan senja di luar sana semakin membuatkan Berry sayu. Rasanya seperti dia tak mahu meninggalkan Apple.

Apabila Apple tidak mempedulikannya lagi dan berjalan terus menuju ke banglo asramanya, parasaan Berry mula membuak-buak, ingin sahaja nama Apple dilaungkan ketika itu. Tetapi, dia tahu, Kalau dia berbuat begitu, seribu kemungkinan boleh berlaku. Kenapa pula dia mesti pergi kepada Apple. Apple mungkin tak pernah sukakannya, kerana lelaki itu mungkin hatinya sama keras dengan hati lelaki yang bernama Niel tadi. Lagipun,dia tak mahu memburukkan nama sesiapa , jadi dia terus melangkah. Melangkah ke arah yang bertentangan dengan Apple tanpa dia sedar, lelaki itu pergi dengan hati yang remuk. Lebih remuk daripada hatinya. Dia tak sedar semua itu.




Monday, August 16, 2010

Apple and Berry 12

“Apa? Minggu depan?” Waktu makan malam mereka tiba-tiba terganggu apabila Berry tiba-tiba terjerit. Jelingan kurang senang ayahnya tidak dipedulikan lagi. “Tapikan, minggu depan tu cepat sangat. Lagipun Berry ada final exam daddy, mummy.”
“Final exam tiga minggu lagi, kan?” Sahut ayahnya.
“Memanglah. Tapi, minggu depan tu kan cepat sangat. Berry tak sedia apa-apa pun lagi.”
“Kau tak payah sedia apa-apa. Daddy dan mummy dah uruskan semuanya.”
Dia tak jadi untuk terus membantah apabila melihat ayah dan ibunya terus menyuapkan makanan ke mulut tanpa mempedulikan Berry yang masih terkapai-kapai. Dia mula susah hati. Baru sahaja dia berniat untuk meminta ayahnya menangguhkan pertunangannya dengan April. Tapi, hal lain pulak yang jadi.
Berry mengeluh keras. Dengan hati yang berat, dia cuba menelan makanan yang disuap ke mulutnya. Rasa terujanya kepada April mula hilang saat itu. Yang ada hanyalah sedih dan rindu mengingatkan Apple. Apple yang selalu menyakitinya. Sakit yang meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada hatinya.





Keesokan harinya, dia pergi ke sekolah seperti biasa dan berhati-hati dengan luar biasanya. Takut terserempak dengan April. Tetapi lain pula yang jadi apabila dia tiba-tiba bertembung dengan Tuchee, Carmeen dan Lucy. Mereka kelihatan begitu marah dengan Berry. Sudah lama Berry tak melihat wajah marah itu sejak insiden ugut mengugut hari itu. Tetapi, nampaknya keberanian tiga peminat April itu mula bangkit.
“Berry! Kami nak kau terus terang. Betul ke kau nak bertunang dengan April?” Tanya Lucy. Dan dibalas dengan anggukan kecil daripada Berry.
“Mana boleh!” Serentak dengan itu mereka bertiga menjerit. Ketiga-tiganya kelihatan seperti sedang menahan air mata yang sedang bertakung.
“Sudahlah. April bukan kamu punya pun. Yang nak sedih kenapa. Dah, tepilah. Aku nak lalu.” Dia cuba untuk tidak mempedulikan raungan gadis bertiga itu dan berlalu pergi. Mereka semuanya memandangnya dengan pandangan yang luar biasa hari ini. Mungkin kad jemputan pertunangannya dan April sudah sampai ke rumah mereka. Dia mula berasa sedikit tertekan.
Apabila dia melangkah masuk ke dalam kelas, wajah pertama yang di lihat adalah wajah menawan milik Apple. Tetapi sayang. Lelaki itu langsung tidak memandangnya. Hanya kusyuk merenung mejanya. Dan niat untuk menyapa Apple terbantut apabila pasangan kembar Akia dan Aria terus menariknya ke meja.
Dan seperti yang disangkanya, berita pertunangannya dan April sudah tersebar. Alah, baru bertunang. Apa yang kecoh sangat!
“Gila kau Berry. Senyap-senyap eh.”
Berry mengeluh. “Apa yang senyap-senyapnya?”
“Alah, buat-buat tanya. Kau dengan Aprilla. Bila pulak korang bercinta. Tup tap dah terus tunang.” Kata Akia dan dibalas dengan anggukan daripada Aria. “Entah, sebelum ni tak pernah nampak pun korang lovey dovey ni.”
“Memanglah tak nampak. Kalau ada pun, takkanlah aku nak tunjuk dekat orang.”
“Iyalah. Kau kan pemalu.”Kembar itu tertawa dan dibalas dengan sengihan yang di buat-buat oleh Berry.
Alahai. Tersiksanya aku. Dalam keadaan mereka sibuk mengupas tentang kisahnya dan April, hati dan mata Berry masih tak lekang dari menjeling Apple. Lelaki itu kelihatan begitu serius hari ini. Adakah lelaki itu tahu tentang hal pertunangannya.
Tak apalah. Dia bertekad, habis kelas nanti dia akan memberitahu Apple tentang majlis pertunangannya dan akan menjemput lelaki itu untuk menghadirinya.
Dan seperti yang dirancang, dia menunggu sehingga semua keluar dari kelas sebelum dia menapak perlahan mengekori langkah Apple ke banglo asramanya.
Perlahan dia cuba melangkah untuk tidak disedari Apple. Dia sendiri pun tak tahu apa yang mesti diungkapnya dihadapan lelaki itu.
Perlahan dan perlahan. Tetapi…
“Kenapa?” Lelaki yang sedang melangkah dihadapannya itu tiba-tiba berhenti dan bersuara.
“Ha?” Berry terkesima. Tiba-tiba lelaki itu bersuara dan itu membuatkan dia betul-betul terkejut.
Apple berpaling. “Kenapa ikut aku.”
Tangan Berry yang tadi digenggamnya kemas kini naik menekup mulutnya. Wajah lelaki itu begitu menakutkan dan itu membuatkan Berry mula tak sanggup pula untuk berbicara dengannya. Lantas dia bersuara, bersuara tentang sesuatu yang tak sepadan dengan niatnya. “Tak apalah. Aku balik dulu.”
Lantas dia cuba berlari. Tetapi suara itu sekali lagi menghentikan langkahnya.
“Kau nak cakap dengan aku, kan?”
Berry diam mendenganr pertanyaan Apple. Dan dia terdengar bunyi seperti lelaki itu sedang melangkah mendekatinya. Buat seketika, Berry memejamkan matanya sebelum tangan hangat Apple meraut tangannya. “Jomlah. Ikut aku ke rumah.”
Dia hanya menurut apabila lelaki itu menariknya. Dia cuba mengamati isyarat genggaman tangan Apple. Tangannya begitu hangat, nyaman dan menenangkan. Sesekali, Berry cuba untuk menggenggam kembali tangan Apple tetapi egonya seolah-olah melarangnya daripada berbuat begitu.
Mereka sampai di hadapan banglo asrama Apple dan lelaki itu melepaskan pegangan tangnnya apabila dia menyelup poket seluarnya dan mengeluarkan kunci rumahnya.
Dia memulas tombol pintu rumah itu dan terus melangkah tanpa memperlawa Berry untuk masuk.
“Dia tak jemput aku masuk pun.” Berry mencebik. Tetapi setelah beberapa minit, Berry mengambil keputusan untuk terus masuk ke rumah itu.
Apabila dia melangkah masuk, memori kali pertama dia msuk ke banglo ini mula menyapa dan perlahan-lahan mengukir senyuman di bibirnya.
Dia duduk di sofa tempat Apple menyakatnya dulu dan tiba-tiba dia tertunduk. Hai… kenapa kenangan-kenangan macam ni buat aku tiba-tiba jadi sayu.
Apple tiba-tiba muncul. Muncul dengan baju kemeja putihnya dan tali leher yang telah dilonggarkan daripada lehernya. Rambut depannya sedikit basah. Mungkin dia baru selesai membasuh mukanya.
“Apa kau nak cakap?” tanya Apple.
Untuk menjawab pertanyaan Apple itu, Berry sedikit teragak-agak. Tetapi dikuatkan hatinya untuk bersuara. “Kau taukan, majlis pertunangan aku…”
“Minggu depan.” Pantas Apple memotong kata-katanya. Dan matanya sedikit pun tak memandang wajah Berry.
Berry sedikit terkejut namun dikawal jiwa dan hatinya. Dia mengangguk perlahan. “Jadi, aku nak jumput kau untuk datang…”
“Aku tak nak datang dan aku tak akan datang.” Jawapan ringkas Apple itu membuatkannya tertanya-tanya.
“Tapi kenapa?”
“Dah aku cakap tak nak. Maknanya aku tak naklah.”
Buat seketika, Berry hanya mampu senyap sambil wajahnya serius merenung riak degil Apple. Kenapa pulak dia tak nak datang? “Apple… datanglah. Semua kawan-kawan aku datang tau.”
“Aku kawan kau ke?”
Dan itulah satu-satunya persoalan yang membuatkan hati Berry benar-benar kecewa. Dia tak tahu kenapa, tetapi dia benar-benar mengharapkan supaya Apple hadir ke majlis pertunangannya. Dia tertunduk seketika sebelum kembali bersuara.
“Kenapa kau cakap macam tu Apple. Datanglah.” Pujuknya lagi.
Senyap. Suasana senyap tanpa jawapan. Lama Berry menunggu lelaki itu membuka mulut dan apabila dia mula kecewa dan cuba untuk mengundur diri, lelaki itu membuka mulutnya.
“Berry. Kau mengenali aku sebagai seorang lelaki yang keji. Betul tak?”
Berry teragak-agak sebelum dia cuba untuk mengangguk.
“Jadi kau tak risau ke kalau aku rosakkan majlis pertunangan kau?”
“Ha?” Berry tertegun. “Kenapa pulak?” Dia berdiri. “Apa sebenarnya yang kau cuba nak bagitahu aku Apple. Dan… ape kena pulak kau nak rosakkan majlis pertunangan aku?”
“Aku tak nak jawab soalan kau. Dan aku harap kau boleh keluar dari rumah aku sekarang.”
“Apple…”
“S E K A R A N G.” Keras dia menuturkannya.
Perlahan-lahan Berry berundur. Keluar dari rumah itu dengan hati yang kecewa dan seribu persoalan yang bermain difikirannya. Kenapa dengan Apple? Kenapa dia cakap macam tu? Dan kenapa dia tak nak datang?

Sunday, August 15, 2010

URGENT!!!

What do you think?
Hmm.. Patutkah Milord heret TOC dan Apple & Berry ke penamatnya? Ataupun korang masih belum sedia untuk menemui penamatnya. Manelah nak tau kan. Kalau Milord, Milord lebih suka kalau cerita tu tak ada ending. Tapi rasa macam terbebanla pulak. Apa pendapat korang.
Kepada yang nak baca Save your Stray Love heart. Harap maaf ye. Cerita tu dah dikeluarkan daripada blog Milord. KERANA... seperti yang diberitahu, cerita itu ditulis lama dahulunya di dalam sebuah buku sekarang ni dah mempunyai 65 atau 64 atau 73 atau 92 Bab.
Yang menjadi Masalahnya, buku tu tertinggal di Malaysia sedangkan Milord dah pun tercampak di Jordan buat masa ini. Jadi harap anda faham. Mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum buku itu sampai ke tangan saya. Huhuhuhhu...
Jadi begitulah. Banyak idea untk menulis novel-novel baru tetapi novel-novel yang lama masih tertungak. Dan itu membuatkan Milord sedikit tertekan (=.=) Hehehe... so. nak tanya itulah!. Respon cepat! Final exam semakin hampir!

Tuesday, July 27, 2010

Bloody Prince 5- Dont look at me

Esoknya, Maria ke sekolah seperti biasa. Dia sedikit terhibur mendengar radio karat yang entah dari mana datangnya mendayukan lagu bertajuk 'Just be with me' yang membuatkan dia tertidur lena semalam.
Hari ini, apabila turun dari keretanya. Dia sedikit tersentak melihat Sky yang tiba-tiba berdiri di depan pintu pagar sekolah bersama Lullabynya yang sedikit aneh. Hampir-hampir dia menumbuk lelaki itu apabila Sky tiba-tiba menjeritkan namanya ketika dia lalu di sebelah budak lelaki itu. "Kau nak apa, ha? Aku tumbuk muka kau karang!"
Sky membalas herdikan kakak angkatnya dengan sengihan yang kelihatan seperti sengaja mengejek perempuan itu, "Wah, dah pandai nak tumbuk orang pulak. Heh..." Dia melangkah setapak menghampiri Maria lalu menayangkan pipi putihnya ke arah Maria. "Ha, tumbuklah!"
Maria sedikit tersipu dengan tindakan budak lelaki itu. Tanpa sedar dengan apa yang dia buat, lantas jari telunjuknya dianggkat lalu menujal kepala budak lelaki itu. "Bodohlah kau ni!" Dan dia terus berlalu meninggalkan Sky yang sedikit naik angin dengan perbuatannya.
"Haha... free je kau kena. Beraninye perempuan tuh. Tak takut botak ke?" Lullaby yang sedang memeluk tubuh dibelakang Sky tampil menepuk bahu lelaki itu.
"Perempuan tu... Ish, aku tumbuk dia karang.. hai... aku geram nih!"
"Dah, dah. Masuk kelaslah." Tanpa mempedulikan Sky yang sedang menggigit gerahamnya, Lullaby terus menarik lengan budak lelaki itu menuju ke dalam kawasan sekolah yang telah pun dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang akan menyambung sesi pembelajaran untuk pada hari rabu bulan Mei ini.





Apabila tiba waktu rehat, Maria dengan berani melangkah melintasi meja Bando tanpa mempedulikan Nuna yang terkotang-kating memanggilnya lalu menuju ke bilik guru. Apabila sampai,dia terus menuju ke pejabat guru disiplin seperti yang dimaklumkan kepadanya tentang lokasi pejabat guru disiplin tersebut.
Dia mengetuk pintu dan masuk tanpa menunggu untuk dibenarkan masuk. Diceritakan semua hal yang berlaku dan tanpa bertanya dua kali, guru disiplin tersebut mempercayai kata-katanya. Lalu nama Bando diumumkan untuk hadir ke bilik guru disiplin.
Apabila gadis itu sampai, dia terkejut apabila melihat Maria turut berada di bilk itu dan dia seperti sudah mengagak apa yang berlaku.
"Apa? Budak bodoh ni mengadu aku buli dia ke?" Kata Bando sebaik sahaja duduk di kerusi di depan meja guru disiplin. Kakinya disilangkan dengan begitu kurang sopan.
"Bagusla kalau kamu dah tahu." Guru disiplin itu menjawab. Tanpa banyak cakap, dia kemudiannya terus menuturkan denda yang akan dihadapi oleh Bando. "Mula pada hari ni, saya nak kamu bersihkan semua tanda dan kantin dalam sekolah ni selama sebulan. Dah, kamu boleh keluar."
"HA?!" Bando menbentak. "Kenapa pulak saya yang kena denda. Jadi cikgu percayala cakap budak baru ni. Sebelum ni saya tak pernah masuk bilik cikgu pun kan. Tak kanla budak ni baru mengadu yang bukan-bukan cikgu dah nak percaya." Berang Bando menuturkan kata-katanya.
"Sebelum ni kamu tak pernah masuk bilik saya sebab mangsa buli kamu yang lain tu tak berani bersura. Dan lama kami perhatikan kamu. Tunggu ada orang mengadu je. Dan satu lagi, kamu tak layak panggil Maria budak. Kamu tu yang patut dipanggil budak. Perangai macam orang tak ada ibu-bapa."
"GIKGU!" Bando berdiri. Tangannya ditampar kuat ke meja lelaki itu. Lantas Guru disiplin itu mendongakkan wajahnya dan mata redupnya menentang pandangan tajam Bando.
"Kenapa? Nak pukul saya pulak?" Selamba Guru disiplin yang dikenali sebagai Encik Alan menuturkan kata-katanya sambil tersenyum sumbing membuatkan Bando benar-benar tak puas hati. Lantas selepas menolak kuat tubuh Maria, gadis kasar bernama Bando itu terus menapak keluar dari bilik Encik Alan.
"Dah." Encik Alan bersuara tenang. "Kamu boleh keluar." Tuturnya lagi seolah-olah dia tak nampak yang Maria baru lepas ditolak kuat oleh Bando sehingga terduduk di lantai. Maria sedikit terseringai dengan perangai endah tak endah guru disiplin itu.
Tanpa bersuara ataupun berterima kasih (sebenarnya dia terlupa nak ucap terima kasih) dia terus menapak keluar dari bilik itu. Sebelum pintu bilik itu ditutupnya rapat, dia terdengar lelaki itu bersuara lagi. "Hati-hati." Dan dibalas dengan cebikan daripadanya.
"Kenapa dengan lelaki tu. Dan aku tak sangka guru disiplin aku is damn young! and... a little cute."
Apabila sampai betul-betul dihadapan kelasnya, dia dapat lihat, meja dan kerusinya sudah diterbalikkan dan buku sekolahnya berterabur di lantai. Malas untuk ambil kisah tentang hal ini, dia terus memungut buku-buku tersebut dan membetulkan mejanya. Dan seperti yang dia lihat, Nuna tiada di situ. Biarlah! aku tak perlukan perngecut tu. Dan dia duduk seperti biasa. Waktu rehatnya di biarkan tanpa langsung menjamah apa-apa makanan pun.
Setelah loceng tamat rehat berbunyi, Bando dan rakan-rakannya masuk ke kelas dan wajah gadis itu kelihatan betul-betul merah. Marah nampaknya. Rakan-rakannya pula tak sudah-sudah menjeling tak puas hati ke arah Maria.
"Maria."
Tersentak gadis itu apabila namanya tiba-tiba disebut dan bahunya disentuh.
"Nak apa?" tanyanya endah tak endah apabila melihat Nuna tersenyum kepadanya.
"Aku nak mintak maaf... pasal semalam."
"Kenapa dengan semalam?"
Nuna terdiam seketika. Cuba mengumpul semangat untuk terus bersuara. "Aku tak tolong kau. Tapi, bukan sebab aku tak nak. Aku betul-betul takut. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku takut."
"At least kau boleh tolong panggilkan cikgu, kan?" jawab Maria dengan nada yang begitu sinis.
"Aku..."
"Sudahlah. I dont need your apologize. Go back to your place."
"But, Maria..." Terdiam gadis itu apabila Maria tiba-tiba menjegilnya. Mungkin faham dengan maksud jegilan itu, Nuna berlalu dengan perasaan hampa.
Mereka belajar seperti biasa, tenang dan senyap. Yang luar biasanya, adalah jelingan Bando dan rakan-rakannya yang tak sudah-sudah kepada Maria seolah-olah mereka sedang merancang sesuatu. Keadaan itu membuatkan Maria sedikit risau. Dan bermacam-macam andaian mula bermain dimindanya.

Petang itu, apabila tamat waktu sekolah. seorang pelajar perempuan tiba-tiba berjumpa Maria dan memberitahunya bahawa guru disiplin mereka, Encik Alan menyuruhnya tunggu di hadapan bilik stor untuk membincangkan sesuatu. Walaupun, permintaan Encik Alan sedikit meragukan, Maria hanya menurut.
Seperti yang diberitahu, Selesai mengemas buku-bukunya, dia terus bergegas ke bilik stor yang terletak di belakang banggunan baru.
"Mana pulak bilik stornya. Aku cari bilik guru pun tak jumpa, inikan bilik stor."
Meliar matanya mencari plan sekolah yang mungkin dilekatkan di dinding sekolah. Namun, yang dia temui adalah...
"Sky?"
"I wish you can call me Ciel." jawab budak itu apabila tiba-tiba bertembung dengan kakak angkatnya. Melihat wajah jelita kakaknya, lelaki itu sedikit tersenyum.
"Did you sleep well last night?"
"None of your bussiness."
Apabila dijawab begitu, Sky hanya menjungkitkan bahunya.
"Anyway..." Tiba-tiba Maria bersura ketika Sky baru hendak melangkah meninggalkannya. "Mana stor sekolah?"
"Hah? Kau ingat aku janitor ke?"
"I just asking la...!"
"Who knew?" Jawab Sky selamba sambil terseringai kecil membuatkan Maria betul-betul terganggu.
"Wah! Bagusnya perangai. Kalau aku tumbuk muka dia pagi tadi pun tak apa!" Dia berdecit geram sebelum kembali mencari arah stor sekolahnya. Tetapi beberapa minit kemudian, dia berdecit lagi dan sekaligus terus mencekak pinggangnya. "Ish, geramnya aku dengan budak Sky tu!"



Setelah hampir setengah jam mencari, akhirnya dia sampai juga di hadapan pintu stor sekolah yang dicari. Tetapi, Encik Alan langsung tak kelihatan.
"Eku dah lewat 30 minit pun dia tak sampai lagi? Ke... dia pun cari stor tak jumpa?"
Sementara menunggu, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail no pemandu kereta yang datang mengambilnya. Takut pula kalau-kalau Sky merasuk lelaki itu untuk meninggalkannya.
"Hello. Jeremy? Kau tunggu aku sekejap. Aku ada kerja nak buat ni. Dalam..." Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, dia terdengar Sky menjerit di belakang talian.
"Weh perempuan. Kau ingat aku kuli batak kau ke nak tunggu-tunggu ni!"
"Ish" Bengang seketika. "Jeremy. Tunggu tau. Saya tak lama." Talian di matikan.
Baru sahaja dia hendak memaki Sky apabila terdengar bunyi derapan kasut menghampirinya.
Encik Alan dah sampai ke?
Belum habis berfikir apabila tangannya tiba-tiba direntap daripada belakang. "Heh, arnab masuk perangkap." terseringai Bando dihadapannya dan rakan-rakannya tertawa melihatnya.
"Kau ni bodoh jugakkan. Tak kanlah Encik Alan nak jumpa kau depan stor ni?"
Maria buntu. Semuanya perangkap?
"Jangan-jangan kau dah suka dekat si Alan tu, tak?"
"Kenapa dengan korang ni?"
Apabila Maria bersuara, hilang terus senyuman di wajah Bando. "Dalam keadaan macam ni pun kau berani nak cakap banyak ya?"
"Heh, keadaan apa? Sudahlah. Malas aku nak layan kau." Maria merentap lengannya dan berpaling cuba untuk melarikan diri, namun tak sampai setapak dia melangkah, lengan kotnya ditarik kuat.
"She`s really pissing you off right, girl? Apa kita nak buat dengan dia?"
"Heh, tanggalkan pakaian dia."
Tertawa kesemua mereka apabila mendengar cadangan itu. Maria pula semakin tak tentu arah, cuba direntap lengan bjunya tetapi tak berjaya apabila Bando kembali mencekak kolar bajunya pula.
"Erm... take off you coat, silly!" Arahnya.
"No way in hell!"
"Hah, you are really out of your mind, right? What if..." Bando melepaskan tangannya yang mencekak kolar baju Maria dan kemudianya membelai lembut rambut gadis itu. "We cut her hair?"
Maria terkejut. "Dont touch me." Ditepis tangan Bando dan kemudiannya cuba berlari menjauhi mereka.
"Dia lari... weh! Kejar!"
Entah mengapa, walaupun mulutnya mengeluarkan pelbagai ayat yang mungkin membuatkan bando sakit hati, tetapi tubuhnya menggeletar begitu teruk. Geli pehanya apabila berlari dalam keadaan yang menggeletar seperti itu.
Dalam keadaan yang cemas itu, dia terasa seperti disimbah sebaldi air sejuk apabila terlihat beberapa orang pengikut bando sudah berada di hadapannya.
"Ops, got her!"


"Jem. Balik jelah! Aku dah penat tunggu."
"Kita tunggu sekejap lagi ya. Cik Maria kata sekejap je."
"Alah, sekejap apa kalau dah nak sejam aku tunggu dia ni! Jalanla cepat."
"Apa kata kalau kita tunggu lagi setengah jam!"
"Ish, kalau kau nak tunggu. Kau turun dari kereta ni.. aku nak balik!" Dia menolak bahu Jeremy dan terus keluar dari kereta untuk pergi ke tempat pemandu. Tetapi, apabila dia keluar, terus terdengar namanya dilaungkan.
"Sky!"
Terlihat Nuna berlari tercungap-cungap ke arahnya.
"Apa pulak perempuan ni nak?"
"Sky..."
"Apa?! Sky, sky..." marahnya sebaik sahaja gadis itu berdiri tercungap-cungap dihadapannya.
Takut pula untuk berbicara apabila melihat wajah budak lelaki itu. "Kakak kau..."
"Kenapa?"
"Kakau kau kena buli."
"Hah? Siapa kakak aku?"
"Maria? Kakak kau... kan?" tanyanya takut-takut. Betulkan Maria kakak Sky?
"Macam mana kau tahu dia kakak aku?"Lelaki itu kemudiannya membuka kembali pintu keretanya dan duduk dikerusi keretanya sambil merenung wajah Nuna yang samar-samar kelihatan kerana silau akibat sinaran terang matahari.
"Hari tu Maria cerita.. Eh? Kakak kau tengah kena buli tu!"
"Buli?" Sedikit tertawa Sky apabila mendengar perkataan buli yang dikeluarkan oleh Nuna.
"Kakak aku kena buli ke, dia yang buli orang?"
"Tak, aku tak tipu! Aku cakap betul. Bando buli dia." Semakin cemas gadis itu. Dia tak tahu apa yang mesti dia lakukan. Dia ke bilik Encik Alan, tetapi nampaknya lelaki itu sudah pulang kerana pejabatnya berkunci. Jadi, cuma Sky yang boleh membantu Maria sekarang.
"Bando?"
"Ye, Bando!"
"Dekat mana Maria?"
"Stor."
"Stor?" Stor. Terimbas kembali saat-saat dia bertemu dengan kakaknya di dalam banggunan sekolah tadi.
"Eh? Aku tak nampaklah muka kau. Sini sikit." Ditariknya lengan Nuna ke tepi.
"Kau tak tipu aku, kan?"
"Tak!" Gelengnya laju. "Sumpah!"
"Kalau kau tipu aku nahas kau!" Sky bangun. Melepaskan lengan Nuna dan berlari ke tempat kejadian. Tetapi, tak samapai sesaat. Langkahnya terhenti dan dia kembali berpaling menghadap Nuna. "Stor kat mana?" jeritnya.
"Er... kat mana? Banggunan lama! Tingkat 3!"


"Sebab Maria aku kene naik tingkat tiga macam ni. Penatlah bodoh!"
Tetapi hilang amarahnya apabila matanya terpandang sesuatu yang dah sah memang milik kakak angkatnya. "Beg Maria?"
"Dia betul-betul kena buli ke?" Langkahnya dicepatkan. Cuba mencari bilik stor yang diamksudkan. Tingkat tiga itu sunyi sepi. Tak ada tanda-tanda seperti ada orang di situ.
"Finally." Sampai akhirnya di depan bilik stor dan kelihatan pintu bilik stor itu terbukak luas dan beberapa biji bola terabur di luar pintu itu. "Heh... aku nak tengok sikit macam mana rupa kakak aku kena buli." Guraunya.
Tetapi sebaik sahaja dia melangkah masuk, hilang semangatnya apabila melihat sekujur tubuh terkulai di atas lantai dan rambutnya yang dipotong bersepah di atas lantai.
"Maria..."
"Dont look at me. Please... dont..." terdengar suara seraknya dan pantas wajahnya di sorokkan.
Saat itu Sky betul-betul tak tahu apa yang mesti dilakukannya. Melihat betis gadis itu yang luka, entah tersangkut di mana, dan mendengar sedu sedan gadis itu yang ditahan-tahan betul-betul membuat dia buntu.
Perlahan-lahan dia melangkah. Dia dapat merasakan gadis itu terkejut apabila dia menyuntuh kepalanya.
"Who did this?"
Maria tak menjawab sebaliknya tubuhnya diengsutkan cuba menjauhi Sky. "Please..."
"I asked you who did this?!"
Apabila ditengking begitu oleh Sky, lantas Maria menjawab. "B.. Bando..."
Lelaki itu mendengus. Dia mula kelihatan tak tentu arah. "Kau biar dia buat macam ni dekat kau?" Disepaknya almari berdekatan dan itu membuatkan Maria bertambah takut. Sedar akan keadaan itu, dia menarik lengan kakaknya dan merenung tajam wajah gadis yang pucat dan lesu itu. "Are you, ok?" tanyanya lembut.
Maria tak menjawab, hanya menundukkan pandangannya dan bibirnya diketap kuat.
"Take me home, Sky."
"Ok, ok, fine. Can u stand up?"
Apabila melihat kakaknya sekali lagi membisu lantas terus dicempung tubuh Maria. Dan apabila dia keluar dari bilik stor itu, terlihat Nuna dan Jeremy kaku.
Melihat keadaan Maria yang begitu kasihan, Nuna menekup mulutnya. "Maria..."
"Nuna!"
"Ye!" Terkejut beruk gadis itu apabila namanya dipanggil kuat oleh Sky. "Saya tak buat apa-apa."
"Siapa Bando?"
"Eh?" gadis itu sedikit hairan. "Kau tak kenal?"
"Aku tanya siapa Bando!"
"Dia yang tumbuk Maria dekat kantin hari tu." Pantas sahaja dia menjawab.
Setelah soalannya dijawab dia terus melangkah. Mencempung Maria yang menyorokkkan wajahnnya di pelukan Sky.
Why this is so miserable?

Saturday, July 24, 2010

Twin of Chaos 26

“WHAT THE HELL ARE U DOING??????” Suara Zen meninggi, menarik Neo aka isterinya itu menjauhi Stella yg dah nyawa-nyawa ikan(tak tahulah sama ada dibuat-buat ataupun real...) Dia terkejut apabila tiba-tiab terdengar riuhan di kelas belakang dan pelajar-pelajar mula memeberitahu yang Stella sedang dibelasah oleh Neo!
Neo terdorong ke belakang dan perasaan kejamnya tadi tiba-tiba melayang pergi. Tangan Zen yg mencengkam kuat pinggangnya membantutkan niatnya nak terus menghantam si perempuan sundal tu. Seisi kelas menyaksikan adegan ngeri tu, termasuklah audience yg tak dijemput iaitu pelajar dari kelas yang lain, cemas apabila melihat Stella yang teruk dibelasah oleh Neo.
Kei dan Houx memeriksa keadaan Stella yang terkulai layu di atas lantai. Bibir dan hidungnya tak sudah-sudah merembeskan cecair pekat kemerahan manakala rambutnya yg selalunya tersergam indah menjadi seperti ekor ayam jantan yg baru lepas terkena electric shock!
“Hey, can someone called the doc?”Arah Houx selaku leader of the class walaupun kejadian ini bukanterjadi di kelasnya. Sorryla, dah terbiasa jadi king control. Dia kelihatan agak kelam kabut dan cemas walaupun jarang bagi mereka untuk melihat dia dalam keadaan begitu.
“She’s fine....”Kei bersuara tenang. Matanya bukan kepada Stella tetapi tajam merenung ke arah Yora yang sedang berpura-pura tidur di mejanya. Cuba untuk tidak dikaitkan dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Dia memang tak teringin nak tolong si Stella tu lagi pun. Lantak dialah!
Yora melepas nafas lega. Bukan aku tak nak tolong, tapi aku tahu Neo kalau hot dia mesti nak lepaskan marah dia tu. Aku tak nak jadi mangsa kekejaman dia. So, thanks Stella sebab selamatkan aku. Plus, padan muka kau... hehehe. Bisiknya seorang diri sambil dibirnya terukir senyuman kecil.
Sementara Zen yang turut tak cukup nafas melihat kejadian tadi bersuara.“What do u think you’re doing?”Perlahan suara Zen di telinganya, masih terduduk sambil memaut pinggang Neo kuat,takut-takut kalau budak hilang akal ini menjadi agresif semula. Lagipun si mangsa masih di depan matanya. "She`s nearly die! Are you going insane?"
Neo menoleh belakang. Muka Zen yang teramat dekat dengan wajahnya ditenung. Hensem nya laki aku...kikikikiii...
“Zen..." Panggil Neo perlahan. Matanya yang tadi hampir-hampir bertukar seperti mata puntianak tiba-tiba memancarkan sinaran yang begitu memukau. "Kau marah aku lagi, ke?"
"Ha...??” Mata Zen berkelip beberapa kali. Adakah ni masa yg ssuai untuk kau tanya benda-benda macam ni???
Melihat mata penuh mengharap Neo yang bersinar-sinar dan hampir membuatkan di kesilauan, Zen menjawab “Okay, fine.”
Neo tertunduk dan hatinya mula berbunga-bunga mengalahkan bunga seri pagi yang sedang mekar tersenyum di luar banggunan sekolah mereka. “I thought so....” Tapi Neo tersengih tiba-tiba. “It’s ok. Tonight I’ll persue you again ok....” Bisik Neo di telinga Zen seraya melepaskan dirinya dari pelukan lelaki tu.
Dia bangun dari duduknya dan lantas berkata lagi. “Bye Bye.” Sempat dia mencubit pipi lelaki yang bagaikan kehilangan kata-kata itu. Dgn senyuman, dia keluar meninggalkan kelas itu tanpa sedar, yang dia telah meninggalkan huru-hara yang ditimbulkannya tanpa langsung menunjukkan rasa seolah-olah dia bertanggung jawab ke atas semua ini.
Dalam keadaan yang dungu dan sedikit kecoh dan... kecoh banyak pun ada, hati Zen tiba-tiba membentak geram. Shit! Denyutan jantungnya tiba-tiba dirasakan seperti hampir-hampir meloncat keluar daripada tubuhnya. Semuanya gara-gara Neo yang bodoh, sial pikir bagus tu. Dia cubit pipi aku, malunya!!!!
Bunyi bising dalam kelas tu mula reda apabila Stella dibawa keluar ke bilik rawatan sedangkan Neo pula hilang entah ke mana. Audience yg tidak dijemput tadi akhirnya beransur pulang ke kelas masing-masing dan tanpa lelah mereka mula membuka sesi forum perdana mengenai situasi yang terjadi sebentar tadi yang sedia diberi tajuk 'Serangan Dasyat Neo kepada Stella!'
“What happened just now??” Tanya cikgu Political History, Sir. Andre yg baru masuk ke kelas apabila dia tiba-tiba terserempak dengan setela yang bagaikan diserang binatang buas. RUGINYA AKU MASUK KELAS LAMBAT HARI INI! Sempat hatinya menyesal. Tetapi selepas seketika dia mengeluh hampa apabila pelajar2 kelas tu hanya menjungkit bahu tanda tak tahu. Lantas dia meletakkan bukunya di atas meja dan mencebik, "Korang tu, semua benda tak tahu!"
Cis, ada hati nak kata kat orang. Dia tu, bila benda dah jadi, barulah dia nak datang. Lepas tu sibuk-sibuk tanya `apa dah jadi? apa dah jadi?` Dalam senyap seisi kelas mula mengutuk.
Walaupun keadaan hari ini begitu dasyat, mereka tetap berasa sedikit seronok apabila kejadian ini berlaku, bolehla mereka melawat kelas pelajar perempuan yang kebanyakannya begitu sombong dengan mereka.
Sekembali mereka ke kelas selepas menghantar future jenazah itu ke bilik rawatan, Kei terus ke tempatnya, di sebelah Zen.
“Hat happened to Neo??” Tanya Kei kepada Zen. Melihat Zen hanya mengangkat bahunya, dia menyambung lagi "She`smight be injured?".
“She’s ok." Suara Zen mendatar menjawab pertanyaan abangnya. "She still have the power to tease me... Urgghhh!" Nampaknya dia masih geram tentang hal tadi. Tapi Neo slalu je buat macam tu kat dia sebelum ni. Kenapa lak dia rasa lain macam hari ni bila dia diusik sebegitu. Ah, ntahla! Akhirnya, dia berterusan bermain dengan perasaannya sehinggakan abangnya yang menunggu riaksiseterusnya daripadanya hany mampu mencebik, kecewa.
Kei mula rasa bosan. Ye la...belajar sejarah-sejarah macam ni, sapa yang tak boring kan?
Dia memandang adiknya. Alahai, macam biasa... Keluh Kei apabila melihat Zen yg tekun mendengar lectures Poli His(nickname untuk Political History) yang memboringkan itu tanpa dia sedar yang adiknya langsung tak mendengar apa yang diterangkan.
Kemnudian,Kei memandang guru yang sedang mengajar di depannya. Lagi boring! Akhirnya dia membuat keputusan!
Streeeeeeetttt......
Kerusinya ditolak ke belakang. “Sir!” Panggilnya. Cikgu Sejarah mereka memandangnya.
“ May I go out?” Pintanya sopan.
“ Where to?”
“ Toilet.”
“What for?”
Cikgu ni la... Rungutnya.
“ My angel is calling Sir.” Senyumannya melebar ketika dia berjalan keluar. Jawapannya tadi membuatkan wajah cikgunya merah padam! Tak tahu kenapa dan mengapa..?