Friday, May 29, 2009

Mei Elizabeth 3

Pagi ini aku terserempak dengan Dio lagi. Alang-alang dah berjumpa, aku mula berbual ramah dengannya. Tetapi, tak sangka pula Lana akan nampak kami berdua.
"Mei, kenapa main-main waktu latihan. Lari pusing gelanggang sepuluh pusingan." Arahnya.
"Baik, puan!" Aku menurut. Untuk pengetahuan semua. Aku juga merupakan ahli kelab tenis.
Sebelum aku berlari mengelilingi gelanggang tenis yang tak seberapa besarnya itu, aku sempat menjeling Leo yang masih sedang berlatih di gelanggang bola keranjang yang kebetulan terletak di sebelah gelanggang tenis.
"Hi, Leo!" Laungku.
Namun Leo membalas panggilanku dengan jelingan. "Moron!"
Aku tak kisah pun. Hanya melihat wajah Leo benar-benar membuatkan aku gembira.
Selepas tamat latihan, aku kembali ke bilik persalinan. Apabila masuk ke bilik itu, aku dapat lihat hanya Lana yang berada di situ.
"Tak balik lagi?" tanyaku.
Lana menggeleng.
Kemudian aku melangkah menghampirinya lalu duduk di atas dua kakiku di atas kerusi yang diduki Lana.
Lana memandangku hairan.
"Lana, kenapa awak tolak Leo?"
Lana kelihatan lega apabila mendengar soalanku.
Mungkin dia dapat mengagak yang aku sukakan Leo, bukannya Dio
"Sebab saya nak terus berkawan dengannya."
"Hmm?" aku kehairanan.
"Saya nak terus berkawan dengan dia dan saya tak nak kehilangan sahabat macam dia. Jadi, saya tolak cinta dia."
Aku cuba memahami maksud kata-katanya.
Kemudian Lana memandangku dan tersenyum. "Jangan risau. Saya tak cintakan Leo."
Kemudian dia bangun meninggalkan aku yang masih tak faham apa-apa.
Sebelum pulang ke rumah, aku ternampak Leo di dalam kelas.
Tetapi malangnya sewaktu itu aku berada di luar kelas. Perlahan-lahan aku menghampiri
tingkap kelas lalu melaungkan namanya. "Leo!"
Dia terkejut. "Kau lagi."
"Aku dah nak balik. Nak ikut?"
"Tak nak."
Aku senyap. Hanya tersenyum merenungnya.
"Pergilah balik cepat." Arahnya.
"Okay!"
Aku menurut. Tetapi, beberapa langkah kemudian, aku terdengar namaku dipanggil.
"Take care!" Laung Leo.
Aku berpura-pura tak dengar. "Apa? I love you?"
"Moron!" Leo tertawa. "Aku tak pernah cakap macam tu pun."
Aku turut tertawa. "Bye bye!" Aku melambai sekali lagi sebelum berundur.

No comments:

Post a Comment