Friday, May 29, 2009

Mei Elizabeth 4

Hari ini adalah hari yang paling membosankan. Aku tak tahu nak buat apa lagi melainkan tersenyum. Kawan-kawanku pula tak habis-habis berbicara tentang lelaki dan gosip sampaikan nak tertidur aku di buatnya. Jadi, untuk membunuh masa yang kosong ini, aku termenung keluar tingkap. Apa yang Leo sedang buat, ya? Tak siapa tahu.
Tiba-tiba, keadaan di luar kelas menjadi riuh. Dan di saat itu aku terdengar seseorang menjerit. "Leo dan Dio bergaduh."
Aku menjadi cemas. Pantas aku berlari dan mencelah di tengah ramai untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat.
Saat itu aku hanya mampu menekup mulutku.
Mereka nampak... kejam!
Di saat itu juga aku terdengar beberapa pelajar berbisik dan mengatakan yang Leo dan Dio bergaduh kerana Lana. Lantas mataku cuba menangkap kelibat Lana.
Aku ternampak dia berdiri bertentangan denganku dan dia turut kelihatan cemas.
Apa yang harus dilakukan? Aku sendiri tak tahu.
Apa yang merisaukan aku sekarang ni adalah Leo.
Dio terjatuh.
Dan itu seolah-olah menghentikan pergaduhan mereka. Terlihat Leo mengesat darah yang mengalir dibibirnya dengan tangan dan kemudian dia melangkah untuk beredar.
Dio yang kepenatan tiba-tiba bersuara. "Kau boleh pergi, tapi ingat. Mei milik aku!"
Dan Leo membalas dengan senyuman sinisnya. "Malangnya kau, tapi Mei sukakan aku."
Aku tak tahu bagaimana ekspresi wajahku apabila mendengar Leo berkata begitu.
Mimpi? atau khayalan?
Tak penting! Kerana kini semua mata memandang ke arahku. Dan pandangan yang paling meninggalkan kesan ke arahku adalah pandangan milik Lana. Dia kelihatan sangat sedih.
Tiada apa yang aku mampu lakukan lagi melainkan membiarkan dia berlari meninggalkan keriuhan ini.
Maafkan aku, Lana.

No comments:

Post a Comment