Sunday, July 26, 2009

Save Your Stray Love 3

Semua pelajar di Empty Soul High School berhimpun di hadapan papan kenyataan. Sebuah poster yang besar dan cantik telah menarik perhatian mereka.
"Wah, tak sabarnya nak tunggu Pesta Soul Suprise ni." Kata salah seorang daripada mereka. Setelah lama mereka mengamati poster Pesta Soul Suprise yang akan berlangsung itu, mereka terpaksa beredar kerana loceng telah berbunyi menandakan tamat waktu rehat.
Walaubagaimanapun, masing-masing tak dapat lari daripada perasaan tak sabar menantikan pesta tersebut.
Pesta Soul Suprise adalah pesta tahunan di Empty Soul High School. Pesta ini juga selalunya mendapat sambutan yang hangat tak kiralah dari dalam ataupun luar sekolah. Acara yang paling menggemparkan dalam pesta ini adalah pertandingan nyanyian daripada kumpulan Parasite dan SLH (Stray Love Heart). Parasite merupakan kumpulan duo yang dianggotai oleh pasangan kembar, Jun Neo dan Ki Neo. Manakala SLH pula dianggotai oleh tiga putera popular di sekolah, Houl, Micky dan Max. Selama empat tahun pertandingan berlangsung, Parasite telah tiga kali memenangi pertandingan ini manakala SLH hanya memenangi pertandingan ini sekali sahaja. Walaupun kemenangan selalu berpihak kepada Parasite, tetapi kajian (kajian konon) telah menunjukkan SLH mempunyai lebih ramai peminat kerana karisma mereka yang tinggi jika dibandingkan dengan pasangan kembar Parasite yang dingin dan sinis.







"Makin lama aku tengok kau ni makin menyampah la pulak." bisik Wiki sambil merenung wajah Esy yang kehairanan.
Esy yang mendengar menjungkitkan keningnya lalu menolak kepala Wiki sejauh mungkin.
"Ven and Lufi pergi mana, ha?" tanya Aoriko. "Dari tadi aku tak nampak diorang."Katanya lagi lagi mengharapkan jawapan daripada Esy dah Wiki. "Hei, aku tanya ni."kemudian gadis itu berpaling mencari kawan-kawannya di belakang. "Ha? Dah hilang... Ish. Kurang asam betul, tinggal aku cakap sorang-sorang dekat sini. Selamat tad ada orang nampak" setelah itu Aoriko bangun lalu berlari mendapatan Wiki dan Esy yang sedang melenggang menuju ke Sweet Soul Shop. Setelah berjaya menghampiri dua gadis itu, tanpa isyarat Aoriko terus menyepak betis kering kedua gadis itu. Terloncat-loncat Wiki dan Esy menahan sakit.
"Sakitlah bodoh!" Tengking Esy sambil mengetap bibirnya.
"Sakit ke?" Dengan muka yang innocent Aoriko menjelirkan lidahnya kepada Esy sebelum berjalan meninggalkan mereka.
Dalam kegeraman menahan kesakitan, tiba-tiba muncul pula musuh nombor satu yang paling tak diingini mereka.
"Eh, kenapa? Terpijak kaki sendiri?" Sindir Mary Lily, musuh nombor satu DM. "Itulah, berlagak glamour sangat. Padan muka!"
Esy menjeling dan menjungkitkan bibirnya. Huh, malas nak layan. Kalau dilayan makin menjadi minah ni, nanti kalau ada pertumpahan darah, siapa yang susah? Aku jugak.
Tetapi, berlainan dengan Wiki, dia tak sanggup nak berdiam diri apabila berdepan dengan manusia tak sayang mulut ni.
"Kami pijak kaki sendiri pun kau nak sibuk. Tak profesional betul. Dahlah mulut busuk. Eh, dah berapa hari kau tak gosok gigi? bau dah macam petai+bawang+air longkang tau tak!" Hentam Wiki sambil mengurut kakinya yang masih sakit.
Mary terkedu, lantas dia menekup mulutnya sebelum berlari meninggalkan mereka. Wiki pula hanya mampu tersenyum dengan kemenangan yang tak seberapa tu.
"Esy, apa kata kau dukung aku?"
"BUK!"
"Auww.." Wiki tertunduk kesakitan apabila tiba-tiba Esy menumbuk perutnya.
"Ha, tu la kau punya dukung. Kaki aku pun sakit ni nak mengada-ngada pulak."
Cemuh Esy dan kedua-dua mereka tercebik.




"Jun, aku dengar SLH ada sorang lagi ahli baru. Comel budak tu."
Jun berdesis mengejek. "Huh, tambahlah sepuluh budak comel pun, tetap tak dapat kalahkan aku."
"Jangan cakap besar. Kita belum tahu apa-apa pasal budak tu. Maybe he is better than you." Tambah Ki dengan senyuman sinis yang sentiasa terhias di bibirnya.
"Aku peduli apa! Diorang tu harap muka je. Tapi langsung tak ada bakat."
"Kau ni.. Aku tengok SLH macam ada harapan nak kalahkan kita tahun ni. So, baik kau hati-hati."
"Yang kau ni asyik nak buat aku marah kenapa?" Tengking Jun. Seisi kelas memandang ke arahnya.
Ki tersenyum lalu mendekatkan wajahnya kepada abangnya. "Nak buat macam mana, dah memang hobi aku macam tu." Katanya lalu keluar dari kelas. Kalau dia terus berada di situ, mungkin dia dah tak nampak hari esok. Sadisnya...
Senyuman masih terhias dibibirnya ketika dia melangkah keluar dari kelas. Dari jauh dia dapt melihat adik tirinya, Wiki tertawa riang sambil berjalan terjengkit-jengkit. Adiknya selalu tersenyum. Selalu tersenyum hingga dia sendiri pun tak tahu bila gadis itu akan bersedih.
Dia masih ingat sewaktu dia, Jun dan ibunya pertama kali melangkah ke banglo mewah milik keluarga Wiki, waktu itu, ayah Wiki yang juga merupakan ayah mereka baru meninggal dunia. Jadi, untuk menunaikan permintaan terakhir lelaki itu, mereka terpaksa tinggal bersam-sama dangan keluarga Wiki. Sebaik sahaja kakinya melangkah ke rumah itu, Wikilah orang pertama yang dia nampak. Berdiri menyambut kehadiran mereka dengan senyuman yang manis. Walaupun begitu, wajah sembap dan matanya yang merah menunjukkan yang dia sedang bersedih. Wiki memang seorang kanak-kanak yang manis. Apabila abangnya melanjutkan pelajaran keluar negara, dia selalu dibuli oleh ibu dan abang tirinya. Ibu kandung wiki selalu sibuk kerana dia merupakan ikon fesyen terkemuka dunia dan jarang berada di rumah. Jadi watak Wiki memang hampir dengan watak Cindarella. Cuma Wiki sedikit kurang ajar dengan ibu tirinya. Tetapi dia tak pernah melawan Jun.
Well, aku pernah tanya kenapa dia tak melawan cakap Jun dan dia jawab, 'Sebab Jun hensem.'
Walaupun jawapannya tu macam bodoh je, tetapi... well, boleh diterima akallah jugak.
Apa pun, she is my sweet sister.






"Cis, berani dia halau aku! Dia ingat dia cantik!" Wiki mendengus.
"Memanglah dia cantik... tapi... aku lagi cantik!" kemudian dia menarik rambutnya pula, geram. Geram tak terkira apabila Cik kara menghalaunya keluar daripada kelas denda mereka hari ini. Dalam kelas denda pun boleh halau orang ke? Ish, tak faham aku.
Dalam sibuk melayan perasaannya, sedar tak sedar kini dia sedang berjalan di belakang kawasan banglo asrama lelaki.
"Eh, kat mana aku ni?" Walaubagaimanapun...
"Ah, lantaklah."
Tetapi, satu paduan suara tiba-tiba memukau ekspresnya. dia cuba mencari datimana arah suara itu datang dan akhirnya dia sampai ke tingkap sebuah bilk. Terbongkon-bongkok Wiki cuba mengendap.
"Daiki, rendahkan sikit tone suara kau tu. Max pulak jangan tinggi sangat. Hai... merosakkan lagu betullah. kau ni."
Wiki tersenyum melihat Micky seperti biasa hanya tahu mengarah. Siapa budak nama Daiki tu. Auww, so cute! I like...
Tiba-tiba pintu bilik air yang betul-betul mengadap ke arah tingkap tempat dia mengendap itu terbuka, Wiki terkejut apabila melihat seorang lelaki yang hany bertuala keluar dari bilik air itu. Cepat-cepat dia tertunduk menyembunyikan diri.
"Huh, macam nak tercabut jantung aku. dia namapak aku tak? Hish, suspen ni. baik aku blah sebelum berlaku kejadian yang tak diingini. Takutnya..."
Sebelum itu, Wiki menjeling ke kiri dan kanan dulu. Memastikan keadaan clear sebelum melarikan diri.
"Line clear.. Ok, 1, 2, 3.."
"Dush!"
Ternganga mulut Wiki. Memang tak disangka... "Woi! Siapa yang bagus sangat ni" jerit Wiki berang tetapi kemudiannya dia terdiam apabila sedar yang dia tak patut menjerit di situ.
Lakhanat betul. Siapa yang yang tuang air dekat aku ni. Dengan baju yag basah, dia terus berlari meninggalkan kawasan banglo asrama lelaki.
Latihan Daiki, Micky, Max dan Houl terhenti apabila mereka seolah-olah terdengar suara seperti perempuan menjerit. Serentak pandangan mereka terarah kepada Diniel yang sedang membuang air yang digunakan Houl untuk merendam kakinya semalam.
"Apa kau buat?" tanya Max yang sememangnya anti- Diniel. Diniel hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong sebelum meletakkan kembali besen itu ditempatnya dan menuju ke almari pakaian.
Hampeh betul. Dia buat tak tahu je dekat aku. "Suara siapa tadi tu. Kami dengar macam ada suara perempuan je." tanya Max lagi dengan nada tak puas hati.
Bukan seketika Diniel tersenyum sumbing sebelum mengangkat wajahnya dan memandang Max. "Suara kaulah yang macam perempuan." Dengan selamba Diniel kembali melangkah masuk ke dalam bilik air meninggalkan mereka yang tercengang.
"kau tengoklah tu Daiki! Baik konon. Baik apa macam tu!" Max bengang. Daiki yang dimarahi hanya tersenyum serba salah.
Dalam masa yang sama, MAx cuba menyanyi sekali lagi. Betul ke suara aku macam perempuan?

1 comment:

  1. milordddddd!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    next n3 PLEASE.....cter wat sye tergelak sepanjang masa..uhuhu...lawak2 yg ada kat dalam nie telah menghilangkan tensen sye dalam mengahadapi hari2 sebagai seorang pelajar u yg bnyk assingment...;p...PLEASEEEEEX9 SAMBUNG YEW...

    ~ameera~

    ReplyDelete