Tuesday, July 27, 2010

Bloody Prince 5- Dont look at me

Esoknya, Maria ke sekolah seperti biasa. Dia sedikit terhibur mendengar radio karat yang entah dari mana datangnya mendayukan lagu bertajuk 'Just be with me' yang membuatkan dia tertidur lena semalam.
Hari ini, apabila turun dari keretanya. Dia sedikit tersentak melihat Sky yang tiba-tiba berdiri di depan pintu pagar sekolah bersama Lullabynya yang sedikit aneh. Hampir-hampir dia menumbuk lelaki itu apabila Sky tiba-tiba menjeritkan namanya ketika dia lalu di sebelah budak lelaki itu. "Kau nak apa, ha? Aku tumbuk muka kau karang!"
Sky membalas herdikan kakak angkatnya dengan sengihan yang kelihatan seperti sengaja mengejek perempuan itu, "Wah, dah pandai nak tumbuk orang pulak. Heh..." Dia melangkah setapak menghampiri Maria lalu menayangkan pipi putihnya ke arah Maria. "Ha, tumbuklah!"
Maria sedikit tersipu dengan tindakan budak lelaki itu. Tanpa sedar dengan apa yang dia buat, lantas jari telunjuknya dianggkat lalu menujal kepala budak lelaki itu. "Bodohlah kau ni!" Dan dia terus berlalu meninggalkan Sky yang sedikit naik angin dengan perbuatannya.
"Haha... free je kau kena. Beraninye perempuan tuh. Tak takut botak ke?" Lullaby yang sedang memeluk tubuh dibelakang Sky tampil menepuk bahu lelaki itu.
"Perempuan tu... Ish, aku tumbuk dia karang.. hai... aku geram nih!"
"Dah, dah. Masuk kelaslah." Tanpa mempedulikan Sky yang sedang menggigit gerahamnya, Lullaby terus menarik lengan budak lelaki itu menuju ke dalam kawasan sekolah yang telah pun dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang akan menyambung sesi pembelajaran untuk pada hari rabu bulan Mei ini.





Apabila tiba waktu rehat, Maria dengan berani melangkah melintasi meja Bando tanpa mempedulikan Nuna yang terkotang-kating memanggilnya lalu menuju ke bilik guru. Apabila sampai,dia terus menuju ke pejabat guru disiplin seperti yang dimaklumkan kepadanya tentang lokasi pejabat guru disiplin tersebut.
Dia mengetuk pintu dan masuk tanpa menunggu untuk dibenarkan masuk. Diceritakan semua hal yang berlaku dan tanpa bertanya dua kali, guru disiplin tersebut mempercayai kata-katanya. Lalu nama Bando diumumkan untuk hadir ke bilik guru disiplin.
Apabila gadis itu sampai, dia terkejut apabila melihat Maria turut berada di bilk itu dan dia seperti sudah mengagak apa yang berlaku.
"Apa? Budak bodoh ni mengadu aku buli dia ke?" Kata Bando sebaik sahaja duduk di kerusi di depan meja guru disiplin. Kakinya disilangkan dengan begitu kurang sopan.
"Bagusla kalau kamu dah tahu." Guru disiplin itu menjawab. Tanpa banyak cakap, dia kemudiannya terus menuturkan denda yang akan dihadapi oleh Bando. "Mula pada hari ni, saya nak kamu bersihkan semua tanda dan kantin dalam sekolah ni selama sebulan. Dah, kamu boleh keluar."
"HA?!" Bando menbentak. "Kenapa pulak saya yang kena denda. Jadi cikgu percayala cakap budak baru ni. Sebelum ni saya tak pernah masuk bilik cikgu pun kan. Tak kanla budak ni baru mengadu yang bukan-bukan cikgu dah nak percaya." Berang Bando menuturkan kata-katanya.
"Sebelum ni kamu tak pernah masuk bilik saya sebab mangsa buli kamu yang lain tu tak berani bersura. Dan lama kami perhatikan kamu. Tunggu ada orang mengadu je. Dan satu lagi, kamu tak layak panggil Maria budak. Kamu tu yang patut dipanggil budak. Perangai macam orang tak ada ibu-bapa."
"GIKGU!" Bando berdiri. Tangannya ditampar kuat ke meja lelaki itu. Lantas Guru disiplin itu mendongakkan wajahnya dan mata redupnya menentang pandangan tajam Bando.
"Kenapa? Nak pukul saya pulak?" Selamba Guru disiplin yang dikenali sebagai Encik Alan menuturkan kata-katanya sambil tersenyum sumbing membuatkan Bando benar-benar tak puas hati. Lantas selepas menolak kuat tubuh Maria, gadis kasar bernama Bando itu terus menapak keluar dari bilik Encik Alan.
"Dah." Encik Alan bersuara tenang. "Kamu boleh keluar." Tuturnya lagi seolah-olah dia tak nampak yang Maria baru lepas ditolak kuat oleh Bando sehingga terduduk di lantai. Maria sedikit terseringai dengan perangai endah tak endah guru disiplin itu.
Tanpa bersuara ataupun berterima kasih (sebenarnya dia terlupa nak ucap terima kasih) dia terus menapak keluar dari bilik itu. Sebelum pintu bilik itu ditutupnya rapat, dia terdengar lelaki itu bersuara lagi. "Hati-hati." Dan dibalas dengan cebikan daripadanya.
"Kenapa dengan lelaki tu. Dan aku tak sangka guru disiplin aku is damn young! and... a little cute."
Apabila sampai betul-betul dihadapan kelasnya, dia dapat lihat, meja dan kerusinya sudah diterbalikkan dan buku sekolahnya berterabur di lantai. Malas untuk ambil kisah tentang hal ini, dia terus memungut buku-buku tersebut dan membetulkan mejanya. Dan seperti yang dia lihat, Nuna tiada di situ. Biarlah! aku tak perlukan perngecut tu. Dan dia duduk seperti biasa. Waktu rehatnya di biarkan tanpa langsung menjamah apa-apa makanan pun.
Setelah loceng tamat rehat berbunyi, Bando dan rakan-rakannya masuk ke kelas dan wajah gadis itu kelihatan betul-betul merah. Marah nampaknya. Rakan-rakannya pula tak sudah-sudah menjeling tak puas hati ke arah Maria.
"Maria."
Tersentak gadis itu apabila namanya tiba-tiba disebut dan bahunya disentuh.
"Nak apa?" tanyanya endah tak endah apabila melihat Nuna tersenyum kepadanya.
"Aku nak mintak maaf... pasal semalam."
"Kenapa dengan semalam?"
Nuna terdiam seketika. Cuba mengumpul semangat untuk terus bersuara. "Aku tak tolong kau. Tapi, bukan sebab aku tak nak. Aku betul-betul takut. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku takut."
"At least kau boleh tolong panggilkan cikgu, kan?" jawab Maria dengan nada yang begitu sinis.
"Aku..."
"Sudahlah. I dont need your apologize. Go back to your place."
"But, Maria..." Terdiam gadis itu apabila Maria tiba-tiba menjegilnya. Mungkin faham dengan maksud jegilan itu, Nuna berlalu dengan perasaan hampa.
Mereka belajar seperti biasa, tenang dan senyap. Yang luar biasanya, adalah jelingan Bando dan rakan-rakannya yang tak sudah-sudah kepada Maria seolah-olah mereka sedang merancang sesuatu. Keadaan itu membuatkan Maria sedikit risau. Dan bermacam-macam andaian mula bermain dimindanya.

Petang itu, apabila tamat waktu sekolah. seorang pelajar perempuan tiba-tiba berjumpa Maria dan memberitahunya bahawa guru disiplin mereka, Encik Alan menyuruhnya tunggu di hadapan bilik stor untuk membincangkan sesuatu. Walaupun, permintaan Encik Alan sedikit meragukan, Maria hanya menurut.
Seperti yang diberitahu, Selesai mengemas buku-bukunya, dia terus bergegas ke bilik stor yang terletak di belakang banggunan baru.
"Mana pulak bilik stornya. Aku cari bilik guru pun tak jumpa, inikan bilik stor."
Meliar matanya mencari plan sekolah yang mungkin dilekatkan di dinding sekolah. Namun, yang dia temui adalah...
"Sky?"
"I wish you can call me Ciel." jawab budak itu apabila tiba-tiba bertembung dengan kakak angkatnya. Melihat wajah jelita kakaknya, lelaki itu sedikit tersenyum.
"Did you sleep well last night?"
"None of your bussiness."
Apabila dijawab begitu, Sky hanya menjungkitkan bahunya.
"Anyway..." Tiba-tiba Maria bersura ketika Sky baru hendak melangkah meninggalkannya. "Mana stor sekolah?"
"Hah? Kau ingat aku janitor ke?"
"I just asking la...!"
"Who knew?" Jawab Sky selamba sambil terseringai kecil membuatkan Maria betul-betul terganggu.
"Wah! Bagusnya perangai. Kalau aku tumbuk muka dia pagi tadi pun tak apa!" Dia berdecit geram sebelum kembali mencari arah stor sekolahnya. Tetapi beberapa minit kemudian, dia berdecit lagi dan sekaligus terus mencekak pinggangnya. "Ish, geramnya aku dengan budak Sky tu!"



Setelah hampir setengah jam mencari, akhirnya dia sampai juga di hadapan pintu stor sekolah yang dicari. Tetapi, Encik Alan langsung tak kelihatan.
"Eku dah lewat 30 minit pun dia tak sampai lagi? Ke... dia pun cari stor tak jumpa?"
Sementara menunggu, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail no pemandu kereta yang datang mengambilnya. Takut pula kalau-kalau Sky merasuk lelaki itu untuk meninggalkannya.
"Hello. Jeremy? Kau tunggu aku sekejap. Aku ada kerja nak buat ni. Dalam..." Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, dia terdengar Sky menjerit di belakang talian.
"Weh perempuan. Kau ingat aku kuli batak kau ke nak tunggu-tunggu ni!"
"Ish" Bengang seketika. "Jeremy. Tunggu tau. Saya tak lama." Talian di matikan.
Baru sahaja dia hendak memaki Sky apabila terdengar bunyi derapan kasut menghampirinya.
Encik Alan dah sampai ke?
Belum habis berfikir apabila tangannya tiba-tiba direntap daripada belakang. "Heh, arnab masuk perangkap." terseringai Bando dihadapannya dan rakan-rakannya tertawa melihatnya.
"Kau ni bodoh jugakkan. Tak kanlah Encik Alan nak jumpa kau depan stor ni?"
Maria buntu. Semuanya perangkap?
"Jangan-jangan kau dah suka dekat si Alan tu, tak?"
"Kenapa dengan korang ni?"
Apabila Maria bersuara, hilang terus senyuman di wajah Bando. "Dalam keadaan macam ni pun kau berani nak cakap banyak ya?"
"Heh, keadaan apa? Sudahlah. Malas aku nak layan kau." Maria merentap lengannya dan berpaling cuba untuk melarikan diri, namun tak sampai setapak dia melangkah, lengan kotnya ditarik kuat.
"She`s really pissing you off right, girl? Apa kita nak buat dengan dia?"
"Heh, tanggalkan pakaian dia."
Tertawa kesemua mereka apabila mendengar cadangan itu. Maria pula semakin tak tentu arah, cuba direntap lengan bjunya tetapi tak berjaya apabila Bando kembali mencekak kolar bajunya pula.
"Erm... take off you coat, silly!" Arahnya.
"No way in hell!"
"Hah, you are really out of your mind, right? What if..." Bando melepaskan tangannya yang mencekak kolar baju Maria dan kemudianya membelai lembut rambut gadis itu. "We cut her hair?"
Maria terkejut. "Dont touch me." Ditepis tangan Bando dan kemudiannya cuba berlari menjauhi mereka.
"Dia lari... weh! Kejar!"
Entah mengapa, walaupun mulutnya mengeluarkan pelbagai ayat yang mungkin membuatkan bando sakit hati, tetapi tubuhnya menggeletar begitu teruk. Geli pehanya apabila berlari dalam keadaan yang menggeletar seperti itu.
Dalam keadaan yang cemas itu, dia terasa seperti disimbah sebaldi air sejuk apabila terlihat beberapa orang pengikut bando sudah berada di hadapannya.
"Ops, got her!"


"Jem. Balik jelah! Aku dah penat tunggu."
"Kita tunggu sekejap lagi ya. Cik Maria kata sekejap je."
"Alah, sekejap apa kalau dah nak sejam aku tunggu dia ni! Jalanla cepat."
"Apa kata kalau kita tunggu lagi setengah jam!"
"Ish, kalau kau nak tunggu. Kau turun dari kereta ni.. aku nak balik!" Dia menolak bahu Jeremy dan terus keluar dari kereta untuk pergi ke tempat pemandu. Tetapi, apabila dia keluar, terus terdengar namanya dilaungkan.
"Sky!"
Terlihat Nuna berlari tercungap-cungap ke arahnya.
"Apa pulak perempuan ni nak?"
"Sky..."
"Apa?! Sky, sky..." marahnya sebaik sahaja gadis itu berdiri tercungap-cungap dihadapannya.
Takut pula untuk berbicara apabila melihat wajah budak lelaki itu. "Kakak kau..."
"Kenapa?"
"Kakau kau kena buli."
"Hah? Siapa kakak aku?"
"Maria? Kakak kau... kan?" tanyanya takut-takut. Betulkan Maria kakak Sky?
"Macam mana kau tahu dia kakak aku?"Lelaki itu kemudiannya membuka kembali pintu keretanya dan duduk dikerusi keretanya sambil merenung wajah Nuna yang samar-samar kelihatan kerana silau akibat sinaran terang matahari.
"Hari tu Maria cerita.. Eh? Kakak kau tengah kena buli tu!"
"Buli?" Sedikit tertawa Sky apabila mendengar perkataan buli yang dikeluarkan oleh Nuna.
"Kakak aku kena buli ke, dia yang buli orang?"
"Tak, aku tak tipu! Aku cakap betul. Bando buli dia." Semakin cemas gadis itu. Dia tak tahu apa yang mesti dia lakukan. Dia ke bilik Encik Alan, tetapi nampaknya lelaki itu sudah pulang kerana pejabatnya berkunci. Jadi, cuma Sky yang boleh membantu Maria sekarang.
"Bando?"
"Ye, Bando!"
"Dekat mana Maria?"
"Stor."
"Stor?" Stor. Terimbas kembali saat-saat dia bertemu dengan kakaknya di dalam banggunan sekolah tadi.
"Eh? Aku tak nampaklah muka kau. Sini sikit." Ditariknya lengan Nuna ke tepi.
"Kau tak tipu aku, kan?"
"Tak!" Gelengnya laju. "Sumpah!"
"Kalau kau tipu aku nahas kau!" Sky bangun. Melepaskan lengan Nuna dan berlari ke tempat kejadian. Tetapi, tak samapai sesaat. Langkahnya terhenti dan dia kembali berpaling menghadap Nuna. "Stor kat mana?" jeritnya.
"Er... kat mana? Banggunan lama! Tingkat 3!"


"Sebab Maria aku kene naik tingkat tiga macam ni. Penatlah bodoh!"
Tetapi hilang amarahnya apabila matanya terpandang sesuatu yang dah sah memang milik kakak angkatnya. "Beg Maria?"
"Dia betul-betul kena buli ke?" Langkahnya dicepatkan. Cuba mencari bilik stor yang diamksudkan. Tingkat tiga itu sunyi sepi. Tak ada tanda-tanda seperti ada orang di situ.
"Finally." Sampai akhirnya di depan bilik stor dan kelihatan pintu bilik stor itu terbukak luas dan beberapa biji bola terabur di luar pintu itu. "Heh... aku nak tengok sikit macam mana rupa kakak aku kena buli." Guraunya.
Tetapi sebaik sahaja dia melangkah masuk, hilang semangatnya apabila melihat sekujur tubuh terkulai di atas lantai dan rambutnya yang dipotong bersepah di atas lantai.
"Maria..."
"Dont look at me. Please... dont..." terdengar suara seraknya dan pantas wajahnya di sorokkan.
Saat itu Sky betul-betul tak tahu apa yang mesti dilakukannya. Melihat betis gadis itu yang luka, entah tersangkut di mana, dan mendengar sedu sedan gadis itu yang ditahan-tahan betul-betul membuat dia buntu.
Perlahan-lahan dia melangkah. Dia dapat merasakan gadis itu terkejut apabila dia menyuntuh kepalanya.
"Who did this?"
Maria tak menjawab sebaliknya tubuhnya diengsutkan cuba menjauhi Sky. "Please..."
"I asked you who did this?!"
Apabila ditengking begitu oleh Sky, lantas Maria menjawab. "B.. Bando..."
Lelaki itu mendengus. Dia mula kelihatan tak tentu arah. "Kau biar dia buat macam ni dekat kau?" Disepaknya almari berdekatan dan itu membuatkan Maria bertambah takut. Sedar akan keadaan itu, dia menarik lengan kakaknya dan merenung tajam wajah gadis yang pucat dan lesu itu. "Are you, ok?" tanyanya lembut.
Maria tak menjawab, hanya menundukkan pandangannya dan bibirnya diketap kuat.
"Take me home, Sky."
"Ok, ok, fine. Can u stand up?"
Apabila melihat kakaknya sekali lagi membisu lantas terus dicempung tubuh Maria. Dan apabila dia keluar dari bilik stor itu, terlihat Nuna dan Jeremy kaku.
Melihat keadaan Maria yang begitu kasihan, Nuna menekup mulutnya. "Maria..."
"Nuna!"
"Ye!" Terkejut beruk gadis itu apabila namanya dipanggil kuat oleh Sky. "Saya tak buat apa-apa."
"Siapa Bando?"
"Eh?" gadis itu sedikit hairan. "Kau tak kenal?"
"Aku tanya siapa Bando!"
"Dia yang tumbuk Maria dekat kantin hari tu." Pantas sahaja dia menjawab.
Setelah soalannya dijawab dia terus melangkah. Mencempung Maria yang menyorokkkan wajahnnya di pelukan Sky.
Why this is so miserable?

4 comments:

  1. Bagusnya sky... adagak perasaan nak membela c kakak Maria... Good Job...

    ReplyDelete
  2. so sweet ler...lurv skyciel sooosooo much..muahhh.romantis nyer,cian maria..huhu

    ReplyDelete
  3. WHOAA..MILORD SUWET,,BLA NK UPLOAD N3 NI LAIE??PLZ YA UPLOAD COPEK2 XSABAU NK BACO ~,^ MUAHAHA

    ReplyDelete